Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

VIDEO SEMBURIT: TIADA IMPAK PADA AZMIN

$
0
0
PADA era sekarang, apa pun kata orang, video seks yang membabitkan pemimpin kerajaan sekarang tiada kesan apa-apa, kerana sebarang bentuk video dianggap sebagai video palsu yang dihasilkan oleh teknologi multimedia.

Pelik juga, mengapa Dato Seri Najib atau para pemimpin yang sehaluan dengan beliau sebelum hilang kuasa, tiada video seumpama itu? Sedangkan masa itu selain fitnah-fitnah lain, video seks semburit mempunyai nilai politik yang amat tinggi. 

Mengapa pakar-pakar mutimedia itu pilih Azmin Ali? semasa ada kuasa? Alasan yang boleh diambil, adalah sebagai "acid test" kepada Azmin, sejauh mana Perdana Menteri mempertahankan beliau. Sejauh mana keabsahan tag Azmin sebagai " the blue eye boy" Tun Dr Mahathir.

Kini terbukti, memang sah Azmin mempunyai tag seumpama itu. Dengan tag itu, apapun cara pihak lain cuba menjatuhkan Azmin, tidak akan berkesan, selagi Tun Dr Mahathir masih pemimpin nombor satu negara.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808