Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

VIDEO SEMBURIT-APA YANG PERLU AZMIN LAKUKAN

$
0
0
JIKALAU lah video semburit ini berlaku di negara seperti UK, Jepun, India, Australia, Kanada atau Amerika, pemimpin yang dipalitkan sudah lama meletakkan jawatan.

Mengapa berlaku peletakan jawatan? sebabnya pemimpin yang terpalit itu mengutamakan parti atau kerajaan yang diwakili. Pemimpin sedemikian itu, tidak mahu parti atau kerajaan terpalit dengan masalah peribadi.

Sebagai contoh tahun lepas, Andrew Griffths menteri dalam kabinet UK meletakkan jawatan hanya kerana telah didedahkan, bahawa beliau menghantar pesanan berunsur seks kepada seorang pengundi; di India, menteri muda luar negeri- Mobashar Jawed Akbar meletakan jawaatan hanya kerana terlibat saman fitnah dengan seorang wartawan, dan di Kanada Menteri Pembangunan Ekonomi untuk negeri Ontario- Jim Wilson meletakkan jawatan kerana tuduhan salah laku seksual. 

Bagi kes video semburit Azmin dan Haziq, nampaknya kedua belah tidak saling mengalah. Azmin bersungguh-sunguh mempertahankan dirinya tidak bersalah, malah menuduh pihak tertentu berniat jahat bagi menghancurkan karier politik beliau, Haziq pula bersungguh-sungguh bahawa perbuatan semburit antara beliau dan Azmin memang benar-benar berlaku.

Kerana dua belah pihak tidak saling mengalah, maka pihak polis yang menyiasat menjadi pengadil. Sekarang semua mata tertumpu pada pihak polis. 

Di mata rakyat pula,timbul keraguan, belumpun pihak polis menyelasaikan siasatan, Haziq Abdullah Aziz, sudah diambil tindakan- tindakan pertama- majikan beliau telah memecat beliau daripada jawatan setiausaha sulit kanan seminggu selepas pengakuan beliau salah seorang dalam video semburit, manakala parti beliau memberi tunjuksebab mengapa tidak boleh dipecat daripada parti. Selain itu ada MUFTI mencadangkan, bahawa beliau boleh dihukum kerana telah membuat pengakuan.

Kenampakan sangat, bahawa Haziq dipihak yang bersalah, kerana Perdana Menteri sendiri membuat kenyataan, bahawa video itu adalah palsu.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808