MUNGKIN dalam keadaan celaru, Azmin mengheret parti beliau terlibat sama ulang siar video seks yang memaparkan dirinya.
Sepatutnya, Timbalan Presiden PKR itu, tidak perlu membabitkan parti beliau, sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis menjalankan siasatan.
Kenyataan MP Gombak itu, bahawa individu dalam video itu bukanlah beliau adalah memadai, walaupun individu yang mengaku pasangan beliau membuat akuan bersumpah.
Azmin seharusnya awal-awal lagi peka terhadap kenyataan Tun Dr Mahathir, yang menganggap video itu palsu.
Menuding jari kepada parti beliau, bukannya dapat membersihkan nama beliau, sebaliknya mengundang fitnah lain.
Dalam keadaan sekarang, bagai mana para pemimpin PKR khususnya Presiden parti itu membela Menteri Ekonomi Persekutuan itu, kerana secara terang-terangan beliau menuduh pucuk pimpinan terlibat sama ulang siar video seks yang memaparkan dirinya.
Sekiranya Azmin tumpas oleh video seks yang melibatkan diri beliau, bukan kerana para pemimpin dalam parti beliau, akan tetapi kerana tindakan beliau sendiri, yang gopoh.
Sebenarnya, kedudukan Azmin, sangat bergantung kepada ketulenan video itu, dan pihak yang boleh mengesahkan adalah pihak polis. Jika video itu palsu, maka no case.
Azmin kena steady, jika gelabah, maka memperkuat andaian, bahawa memang beliau salah seorang dalam video tersebut.
Sebenarnya Azmin tidak perlu gusar, jika beliau tidak melakukan perbuatan terkutuk itu.