BUANG masa menyiasat video seks yang memaparkan individu menyerupai Azmin Ali, walaupun pasangannya mengaku.
Tun Dr Mahathir awal-awal sudah menolak ketulinan rakaman video itu, kerana menurut beliau adalah tindakan bodoh bagi Azmin melakukannya.
Kenyataan awal Perdana Menteri, adalah isyarat bahawa tidak berbaloi menyiasat sesuatu rakaman palsu. Beliau menekankan lagi, dalam era sekarang video seumpama itu boleh sahaja diada-adakan, malah beliau secara sinis berkata, suatu hari nanti, rakaman seumpama itu memaparkan beliau boleh diwujudkan.
Di lain pihak pula, Datuk Seri Anwar mahu pihak polis menyiasat rakaman video tersebut. Demikian juga lawan Azmin semasa merebut Timbalan Presiden PKR-Rafizi Ramli.
Pihak polis dalam persimpangan, mana yang perlu dituruti. Berasaskan kepada senario ini, ada lah diyakini polis akan memilih jalan tengah, win-win, rakaman video itu palsu. Jika demikian apa yang tindakan terhadap Haziq Abdullah Aziz yang beria-ia sangat mengaku beberapa kali melakukan hubungan songsang dengan Azmin?
Di negara ini, video seumpama ini, hanya tontonan, tidak berimpak terhadap sokongan di peti undi.