Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

VIDEO SEKS: MASA DEPAN POLITIK AZMIN DITANGAN PIHAK POLIS

$
0
0
Apapun telahan pihak lain, ianya tidak relevan terhadap ketulenan video seks yang memaparkan Azmin Ali dan Haziq Abdullah Aziz.

Rata-rata rakyat Malaysia yang telah baligh sedang menunggu siasatan pasukan khas PDRM yang telah ditubuhkan untuk menyiasat video seks yang ditularkan sejak 11 Jun. 

Sebenarnya siasatan berkaitan video itu cukup mudah, kerana pihak penyiasat sudah berbekalkan pengakuan salah seorang pelaku dalam video tersebut. Terserah kepada polis, samada mengambil maklum terhadap pengakuan itu. 

Tidak mudah bagi pihak polis menolak pengakuan Haziq, kerana pemuda berusia 27 tahun itu, selain mempunyai profile yang meyakinkan juga seorang tamatan jurusan undang-undang. 

Adalah sukar bagi seorang yang berprofile seperti Haziq membuat pengakuan terbuka, jika video yang melibatkan dirinya tidak pernah berlaku. 

Selepas video seks yang ditularkan menerusi kumpulan whatsApp yang majoritinya ahli-ahli PKR, Haziq menyusuli pengakuan berikutnya, bahawa kejadian di bilik Hotel Four Point Sandakan itu, bukan kali pertama, kerana sebelum itu perbuatan yang serupa pernah dilakukan di Kucing dan Kuala Lumpur. 

Haziq sudah ditahan polis kemudian disiasat, dibawa ke HKL untuk pemerikasaan dan kemudiannya direkodkan pengakuan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis. 

Kalau lah difikir-fikir apa yang manafaat Haziq membuat pengakuan bahawa beliau salah seorang daripada pelaku dalam video seks tersebut, jika video itu bukan tulen, tetapi hasil rekayasa multimedia, sedangkan beliau mempunyai kedudukan penting sebagai setiausaha sulit kanan kepada salah seorang pemimpin kanan parti beliau yang juga Timbalan Menteri Persekutuan. 

Haziq mempunyai masa depan yang cerah dalam arena politik, sesuatu yang beliau rintis sejak berumur 19 tahun. 

Seperti mana pengakuan kekesalan Ketua Pemuda PKR Santubong, Sarawak itu, jika video seks itu tidak tular, maka “selamanya” hubungan selingkuh dengan pasangan beliau akan terus tertutup rapat. 

Kini, seluruhnya terletak ditangan Pasukan Khas PDRM untuk menentukan segala-galanya, siapa perakam video tersebut? Betul kah video tersebut tulen? Betul kah pengakuan Haziq? Atau apa kah motif pihak tertentu merekayasa video tersebut? Jika video tersebut kemudiannya didapati palsu!!!. 

Di Negara ini, video seks seumpama itu, jika dilihat daripada segi sokongan dipeti undi, bukanpun menjadi asas kepada sokongan kepada seseorang pemimpin, kerana telahpun dibuktikan berkali-kali, bebarapa pemimpin yang dipalitkan sebelum ini, masih kekal sebagai pemimpin dan wakil rakyat.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808