Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

PPBM PERLU PERGIAT TAMBAH AHLI-TUN DR MAHATHIR

$
0
0
TUN DR MAHATHIR menyeru para Ketua Bahagian PPBM mempergiat menambah ahli parti, supaya mempermudahkan aktiviti parti di semua peringkat khususnya akar umbi.

Pengerusi parti itu memberi contoh, pada PRU-14, meskipun parti itu bertanding 52 kawasan parlimen di Semenanjung, akan tetapi hanya menang 13 kerusi. Sebabnya, selain parti masih baru, juga kerana kurangnya keahlian, sehinggakan faktor itu menjadi pengekang untuk menembusi para pengundi.

Di Sabah mempergiat penambahan ahli memang rancak dijalankan, malah Pengerusi Penyalaras PPBM Sabah Datuk Hajiji Haji Noor yang juga ADUN Sulaman, yakin pada tahun hadapan, jumlah keahlian parti PPBM Sabah akan mencecah 300ribu.

Di Sabah, parti yang pernah mempunyai keahlian lebih setengah juta adalah Umno Sabah. Namun keahlian parti itu semakin berkurang apabila Parti Warisan Sabah dan PPBM turut sama merancakkan senario politik Sabah.

Pada PRU-14, jelas hampir separuh ahli Umno Sabah telah berpaling tadah, sebab itu, 15 kawasan Dun dan 7 Parlimen yang biasa dimenangi calon parti itu bagi setiap pilihan raya sejak tahun 2004 dimenangi calon-calon Parti Warisan Sabah. Selain itu, kawasan yang ditandingi parti komponen Bn yang mana undi ahli-ahli Umno sangat signifikan juga ditawan parti Warisan Sabah, seperti DUN Tanjong Kapor, Merotai, Tanjung Papat, Karamunting dan Elopura, di peringkat parlimen pula, antara lain parlimen Batu Sapi, Ranau, Tawau, Putatan dan Keningau.

Pada masa sekarang, tidak pasti berapa ramai lagi kah, baki keahlian Umno, kerana Parti Warisan Sabah dan PPBM mengaku masing-masing mempunyai 200ribu ahli. 

Sebelum para ADUN Umno, MP dan senator Umno Sabah serta sebahagian besar ketua-ketua bahagian parti itu keluar beramai-ramai pada 12-12-2018, untuk menjadi bebas, alasan utama mereka, bahawa tidak lagi dapat bertahan dalam parti, kerana sebahagian besar ahli parti telah bertukar perahu.

Sangkaan mereka itu memangpun betul, kerana daripada mana Parti Warisan Sabah dan PPBM mendapat ahli, jika bukan daripada Umno.

Memang di atas kertas, atau dalam rekod, Umno Sabah masih mempunyai lebih 500 ribu ahli, kerana mereka yang menyertai parti lain, tidak mengemukakan surat keluar parti. Hakikat ini lah yang menjadi persoalan, berkaitan status keahlian parti-parti di Sabah, kerana setakat ini, belum ada kaedah "cross check" keahlian antara parti.

Di Sabah, hakikat perlu diterima, bahawa terdapatnya "double memberships" malah "triple memberships".

Kaedah yang boleh digunapakai, apabila tiba pilihan raya, calon parti mana yang mendapat undi banyak atau yang menang dalam pilihan raya.

Untuk PPBM, dalam rangka merekrut keahlian, pastikan, mereka yang memohon menjadi ahli itu, adalah betul-betul penyokong, bukannya hanya di atas kertas, yang bersifat, gergaji serapang mata.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808