Mengapa Haziq??? |
VIDEO seks yang dikaitkan dengan Azmin Ali yang mula beredar 2 hari lalu, bukanlah kali pertama membabitkan beliau, kerana sebelum ini, ada video "blowjobs" juga dikaitkan dengan Timbalan Presiden PKR tersebut.
Seperti isu pertama, Azmin juga tidak membuat laporan polis, tetapi mengancam menggunakan kaedah undang-undang untuk membersihkan dirinya, namun sehingga kini, tiada juga prosedur undang-undang yang pernah diambil.
Berkaitan video hubungan sejenis antara Haziq Abdullah Aziz (telah membuat pengakuan bersumpah secara lisan bahawa dia memang melakukan seks luar tabii dengan Azmin Ali pada awal pagi 11 Mei,2019 di bilik Azmin di Hotel Four Points, Sandakan, Sabah).
Mengapa Azmin tidak membuat laporan polis? bagi menguatkan alibi, bahawa beliau tidak terlibat dengan perbuatan itu?
Mendakwa bahawa perbuatan itu berbentuk gutter politics, dan berbentuk fitnah, hanya memperkuat persepsi khalayak, bahawa perbuatan itu memang betul.
Memang masa ini pihak polis sedang membuat siasatan, kerana Laporan Lokman Adam, AMT Umno. Tetapi alangkah eloknya, jika siasatan polis itu bersandarkan laporan polis Azmin.
Untuk sementara memang Azmin bernasib baik, kerana Tun Dr Mahathir sendiri tidak percaya bahawa individu yang menyerupai Azmin dalam video tersebut bukanlah Azmin, akan tetapi hasil rekayasa pakar-pakar multimedia.
Tun Dr Mahathir juga membayangkan bahawa "video" itu merupakan perbuatan "musuh" Azmin yang kalah bertanding dengan beliau. Menerusi bayangan tersebut, maka perbuatan itu, merupakan masalah dalaman.
Selepas PRU-14, nama Azmin, kerap dikaitkan dengan jawatan dalam Kerajaan Pakatan Harapan, khususnya jawatan "impending" siapa akan dilantik sebagai Perdana Menteri-8 negara.
Jika benarlah, bahawa video lucah itu hanya rekayasa mutimedia, maka sudah tentunya, Azmin akan terlepas apabila nanti dibuktikan palsu oleh pihak polis.
Samada video lucah itu palsu atau betul, sememangnya terletak kepada siasatan polis, atas sebab itu, keperluan Azmin menggunakan jasa polis merupakan kaedah yang perlu ditempoh, bukannya mengancam menggunakan khidmat para peguam beliau.
Hakikat perlu diterima, dalam kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir, Azmin merupakan salah seorang pemimpin yang terkategorikan sebagai "the raising sun leader".