Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

TIADA ISTILAH BESAR KEPALA DALAM POLITIK

$
0
0
DALAM politik tiada istilah besar kepala. Setiap pemimpin sesebuah parti politik sangat bergantung kepada halatuju dan perjuangan serta matlamat utama parti.

Dalam dunia politik, pemimpin sangat bergantung kepada aspirasi ahli dan penyokong sesebuah parti yang dipimpin.

Di Sabah selepas kemasukkan PPBM (Bersatu) mahu tidak mahu setiap pemimpin parti yang merupakan sebahagian daripada kerajaan yang memerintah perlu akur dengan senario semasa. 

Dalam politik, tiada musuh kekal, melainkan yang kekal adalah halatuju. Apabila halatuju selari, maka para pemimpin akan bertaut. Keadaan inilah yang menjadikan hakikat senario politik di Sabah selepas PRU-14.

Memang benar, sebelum PRU-14, para pemimpin parti Warisan dan PH tidak sehaluan dengan para pemimpin PPBM Sabah sekarang ini, kerana mereka berbeza ideologi. 

Datuk Shafie Apdal Presiden Parti Warisan Sabah hanya bertukar ideologi pada Oktober 2016, sedangkan beliau berideologi sama dengan para pemimpin PPBM Sabah sekarang ini sebelum itu, kerana mereka merupakan pemimpin tamatan parti Umno.

Tiada yang pelik, jika sebelum ini mereka dapat bekerjasama dan sepasukan, dan sesuai dengan perubahan suasana politik, maka bekerjasama semula menerusi wadah baharu.

Setiap pemimpin Sabah, mempunyai halatuju yang sama, iaitu memajukan rakyat dan negeri. Mereka kini berkumpul dalam satu wadah untuk mencapai hasrat itu.

Adalah menjadi tanggungjawab setiap pemimpin, untuk menyatu padukan rakyat, agar terwujud kerjasama yang erat untuk membangun dan memajukan negeri.

Setiap rakyat perlu akur, hanya menerusi kestabilan politik Sabah dan rakyatnya boleh maju. 

Telah dibuktikan sebelum ini, selama 15 tahun, Sabah dan rakyatnya maju dan membangun, kerana adanya kestabilan politik.

Para pemimpin PPBM (Bersatu) Sabah melihat bahawa hanya menerusi kestabilan politik, pembelaan kepada rakyat dapat dilaksanakan. Atas asas itu, tidak timbul prasangka buruk terhadap para pemimpin atau parti yang mempunyai hala tuju yang sama, iaitu membangun dan memajukan Sabah dan rakyatnya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808