Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

PRK SANDAKAN: TERUBUSAN TERAKHIR

$
0
0
KEMPEN PRK Sandakan berbaki beberapa jam lagi sebelum tamat tengah malam ini.

DAP dan PBS saling bersaing merebut hati hampir 40ribu pengundi, 51% cina dan 49% bumiputera.

Esok, pengundi Sandakan akan memberi nilai kerajaan of the day. Jika calon DAP menang, maka pengundi kawasan itu menerima kerajaan Warisan Sabah, jika sebaliknya, maka rakyat mahu menghantar mesej protes pada kerajaan yang dibentuk menerusi pengkhiantan 6 ADUN.

Pada PRK Sandakan semua pemimpin utama kedua belah pihak telah turun berkempen, kecuali Tun Dr Mahathir.

Pemimpin yang mempunyai nama timangan MALU APA BOSSKU, turut sama berkempen membantu calon PBS-Linda Tsen.

Di atas kertas, calon DAP mempunyai kelebihan kerana disokong semua jentera kerajaan, selain para juru kempen mereka mempunyai kemudahan menggunakan aset kerajaan.

PRK Sandakan, dari segi logistik memang berpihak kepada calon DAP. Terlihat sungguh, medan pertemuran tidak sama rata, kerana calon-calon pembangkan berdepan dengan kekurangan aset logistik.

Esok, akan diketahui, sebijak mana pengundi Sandakan menggunakan peluang yang ada mereka, menilai senario politik POST PRU-14.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808