Rumah Shafie Di Hartmas Height, Kuala Lumpur |
DATUK Shafie Apdal dalam kempen terakhir sebelum tempoh kempen berlabuh pada tengah malam tadi, menggambarkan bahwa Presiden Parti Warisan Sabah itu tidak yakin, bahawa calon DAP yang beliau sokong mampu bersaing dengan calon pembangkang, khususnya daripada PBS-Linda Tsen.
Dalam usaha menarik sokongan pengundi Parlimen Sandakan, Shafie terpaksa membuat cerita fitnah dan retorik, malah mensasarkan kempen kepada Mantan Ketua Menteri Sabah- Tan Sri Musa Aman yang juga ADUN Sungai Sibuga, yang tidak terlibatpun dalam PRK tersebut.
Dakwaan fitnah Shafie, termasuk membuat dakwaan bahawa Musa mempunyai rumah agam di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Sandakan.
Pada hakikatnya, Musa tidak mempunyai rumah agam di Kuala Lumpur, yang ada rumah adalah Shafie Apdal sendiri, yang mana nilai rumah itu lebih RM10 juta, di Hartmas Height, Kuala Lumpur.
Memang Musa mempunyai rumah di Sandakan dan Kota Kinabalu, namun semua rumah-rumah itu dibina sebelumpun Musa menyertai politik.
Musa memang berkeupayaan membina rumah-rumah agam, kerana beliau merupakan seorang peniaga yang berjaya, malah mempunyai syarikat kewangan sendiri- City Finance Bhd, sebelum beliau menyertai arena politik pada tahun 1990.
Pembangkitan Shafie berkaitan rumah-rumah Musa, sebenarnya terkena batang hidungnya sendiri, kerana Presiden Parti Warisan itu, hanya dapat membeli rumah-rumah agam selepas menyertai politik, khususnya semasa beliau menjawat Menteri KKLW.
Mengapa Shafie menyerang Musa dalam PRK Sandakan? sedangkan ADUN Sibuga itu, tidak terlibat dalam PRK itu? Sebabnya hanya satu, pengundi Sandakan masih mengenang jasa-jasa Musa membangun Sandakan, berbeza dengan Parlimen Semporna, yang diwakili Shafie sejak tahun 1995, yang berkeadaan daif, sehinggakan mendapat jolokkan daripada pelancong asing sebagai " shit hole", kerana Pekan Semporna, dipenuhi sampah saraf.
Sebenarnya Shafie perlu malu, mensasarkan serangan terhadap Musa, kerana atas peninggalan Musa, maka Shafie cukup selesa mentadbir negeri, kerana keadaan kewangan negeri yang cukup kukuh, berbanding semasa Musa dilantik ke jawatan Ketua Menteri, tahun 2003, hanya berbekalkan simpanan negeri RM184juta, manakala Shafie mewarisi simpanan kewangan negeri hampir RM4bilion.
Sandakan, jika dikenang pada tahun 2003, berbanding sekarang, bagaikan langit dan bumi, kerana kemajuan pembangunan kawasan itu, sedangkan Semporna, keadaan tahun 1995 dan sekarang tidak jauh berbeza.
Menyerang Musa, kerana hanya bertujuan memancing undi pengundi Sandakan, hanya menimbulkan kebencian pengundi Sandakan kepada calon yang disokong Shafie, seperti mana berlaku di PRK Rantau, apabila para pemimpin Kerajaan menyerang calon pembangkang di kawasan tersebut Datuk Mohammad Hassan.
Pengundi Sandakan, tahu betul, kemajuan Sandakan khususnya pada era Musa sebagai Ketua Menteri.
Adalah tidak adil bagi Shafie menyerang Musa dengan dakwaan-dakwaan karut, kerana mantan Ketua Menteri itu, tidak dapat membalas balik dalam PRK Sandakan, kerana tidak terlibat dalam kempen.