Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

PRK SANDAKAN: SEMUA PEMIMPIN UTAMA TURUN BERKEMPEN-KECUALI TUN DR MAHATHIR

$
0
0
SEMUA pemimpin utama negara turun berkempen di PRK Sandakan, samada menyokong calon DAP atau PBS, kecuali Tun Dr Mahathir.

Esok pemimpin yang mempunyai nama timangan MALU APA BOSSKU-Dato Seri Najib Razak akan turut sama berkempen membantu calon PBS-Datuk Linda Tsen.

Pemimpin Sabah yang membantu calon PBS, termasuk para pemimpin utama parti-parti pembangkang, termasuk mereka yang tidak berparti.

PRK Sandakan, dianggapkan sebagai PRK yang mampu menghalang "hat-trick" kemenangan calon pembangkang dalam PRK. Sebelum PRK Sandakan, Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau dimenangi calon parti pembangkang.

Presiden Parti Warisan Sabah-Datuk Shafie Apdal, awal-awal lagi mencanangkan bahawa PRK Sandakan adalah PRK yang menghalang kemenangan terus menerusi calon-calon pembangkang.

Pada PRU-14, Parlimen Sandakan dimenangi calon DAP-mendiang Wong Tien Fatt dengan majoriti lebih 10 ribu menewaskan calon daripada Bn/LDP.

PRK Sandakan berlaku, kerana kematian penyandangnya pada 28 Mac lalu.

Di atas kertas dan cerita-cerita kedai kopi, calon DAP Vivian Wong akan menang mudah, meskipun pihak pembangkang membangkitkan berbagai isu yang berkaitan dengan kerajaan.

Walau apa pun, pengundi Sandakan yang bakal menentukan parti mana mewakli mereka pada 11Mei, 2019.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808