Di Sabah, selepas PRU-14, pengundi Sandakan dipilih mewakili rakyat Sabah secara umumnya menghantar mesej kepada kerajaan yang gagal menurunkan kos sara hidup, gagal menurunkan harga barang, gagal menurunkan harga minyak, gagal mengatasi merudumnya harga kelapa sawit.
Selain itu, mesej jelas kepada Kerajaan Warisan Sabah, berkaitan PTI.
Pengundi Sandakan perlu menghantar mesej itu, supaya kerajaan dapat bertindak untuk membela rakyat secara umumnya.
Dalam politik, perlu ada mesej, yang ditandai dengan protes, dengan tidak memilih calon kerajaan, kerana hanya menerusi cara itu, kerajaan akan terpanggil memenuhi aspirasi rakyat.
Jika pengundi Sandakan memilih calon kerajaan, mereka mensia-siakan peluang menghantar mesej kepada kerajaan bagi pihak rakyat Sabah secara umumnya.
Menolak calon kerajaan pada PRK ini, tidak mengubah kedudukan kerajaan. Tambahan lagi, pengundi Sandakan dikira bijak, kerana selain mendapat wakil Parlimen, juga bakal mendapat ADUN dilantik di Dun Sabah dan seterusnya menteri penuh kabinet Sabah.
Jika Kerajaan Warisan mengenang jasa mendian Wong Tien Fatt, maka perlu melantik anak beliau Vivian Wong sebagai Adun dilantik dan seterusnya mengambil alih jawatan ayahnya.
Jika Kerajaan Warisan mengenang jasa mendian Wong Tien Fatt, maka perlu melantik anak beliau Vivian Wong sebagai Adun dilantik dan seterusnya mengambil alih jawatan ayahnya.