KES SRC International yang dituduh terhadap Dato Seri Najib Razak, walaupun hanya berjumlah RM42juta, akan tetapi, kes ini merupakan IBU KEPADA SEMUA KES yang dihadapi Mantan Perdana Menteri ke-6 itu.
Pihak pendakwaan perlu membuktikan bahawa duit SRC itu adalah duit 1MDB, kerana ianya menjadi tuduhan kepada DS Najib Razak sejak tahun 2015, sehingga beliau dan Bn dihukum oleh mahkamah rakyat pada PRU-14 lalu.
Walaupun Kerajaan PH dalam keadaan tertekan membuktikan bahawa duit SRC itu adalah duit 1MDB, RULE OF LAW perlulah dilaksanakan, jangan sekali menggambarkan ketidak adilan. Jangan sama sekali berlaku pemaksaan pembuktian, hanya kerana mahu membuktikan kesalahan, kerana tindakan itu, tidak akan bertahan lama, kerana suatu masa akan juga terbit kebenaran.
Meskipun mengejutkan, kerana setakat ini, tuduhan terhadap Najib hanya berlegar-legar pada duit SRC, tidak sama sekali menyentuh RM2.6bilion yang begitu hebat sekali sebelum PRU-14.
Pada masa ini, pihak pendakwaan dan pembelaan masih tarik tali berkaitan dokumen pendakwaan, kerana sesuai dengan keadilan, sebelum perbicaraan, tertuduh perlu diberikan kertas pertuduhan, supaya tertuduh dapat membuat pembelaan terhadap tuduhan itu.
Dalam undang-undang terkandung butiran, seseorang itu dianggap tidak bersalah sebelum dibuktikan bersalah. Pembuktian bersalah itu, perlu memberi peluang kepada tertuduh membela dirinya, sesuai dengan perundangan, manakala, pendakwaan pula perlu memberikan dokumen atau hujah yang ada unsur prima facie bukannya berbentuk mala fide.
Melihat cara DS Najib Razak menghadapi tuduhan terhadap beliau, tidak ternampakpun bahawa mantan PM itu tertekan, kerana mungkin, jika prinsip undang-undang benar-benar dikuatkuasakan, beliau bakal dilepaskan daripada pertuduhan, sebelumpun beliau dipanggil mempertahankan diri.