Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

MANTRA SALAHKAN NAJIB-TIADA BISA LAGI

$
0
0
MANTRA salahkan Dato Seri Najib Razak sudah tidak berbisa lagi. Mereka yang masih menganggap mantra itu berbisa sebenarnya dalam keadaan ilusi.

Di kalangan pengundi melayu, mantra menggunakan Najib dianggap sebagai agenda politik, meskipun mantan Perdana Menteri itu menghadapi berbagai tuduhan di mahkamah berkaitan rasuah dan pengubahan wang haram.

Rakyat majoriti sangat terkesan akibat hala tuju kerajaan yang tidak menentu, selain pendekatan yang tidak merakyat.

Hujah menyalahkan gaji kakitangan awam sebagai punca peningkatan sara hidup, adalah salah satu hujah yang menambah ketidak yakinan rakyat kepada kerajaan. Apa tah lagi rancangan kerajaan mengurangkan jumlah kakitangan awam secara berperingkat.

Rakyat tertanya-tanya, mengapa kah kerajaan dahulu dengan jumlah kakitangan yang sama, ekonomi negara terus meningkat, kadar defisit negara berkurangan, pelabur asing datang melabur, indeks bursa saham Kuala Lumpur boleh mencecah di atas 1800 mata.

Sebelum PRU-14, para pemimpin kerajaan hari ini begitu bersemangat sekali berdegar-degar menyalahkan GST sebagai punca kenaikan harga barang dan seterusnya peningkatan sara hidup. Pada masa itu mereka berhujah dengan lantang sekali, GST akan ditukar semula kepada SST, dan seterusnya akan menurunkan harga barang, namun selepas 9 bulan pelaksanaan SST, harga barangan bukan sahaja terus meningkat, malah kenaikkan lebih tinggi berbanding semasa "regim GST".

Rakyat majoriti, khususnya mereka yang berada dalam kumpulan B40 sangat terasa impaknya, kerana apa yang mereka harapkan, hanya tinggal harapan.

Dalam keadaan sekarang, apapun tindakan kerajaan, adalah sukar sudah untuk rakyat terima, kerana mereka dapat membandingkan apa yang mereka dapat atau rasakan antara dua kerajaan.

Walaupun belum ada kajian bagai mana penerimaan rakyat terhadap kerajaan yang ada, namun secara kasarnya dapat dilihat menerusi dua PRK Cameron Highlands dan Semenyih. Kerajaan PH masih segar dengan kemenangan, namun ditolak pada 2 PRK terakhir. 4 PRK sebelumnya, rakyat masih memberi peluang berbulan madu, namun selepas itu, mereka tersedar, bahawa mereka hanya dijadikan sebagai batu loncatan mengubah kerajaan, dan kerajaan yang mereka ubah, bagaikan penukul milik mereka , menukul kepala sendiri.

Perasaan rakyat, khususnya kaum melayu, tidak terbendung lagi, apatah lagi menyaksikan bagai mana pelakuan kerajaan hari ini terhadap kaum melayu di Pulau Pinang, dalam isu PPR Taman Manggis yang terpaksa berteduh di Bangunan KOMTAR, pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Perasaan kaum melayu bakal diterjemakan menerusi perpaduan antara Umno dan Pas, kerana hanya menerusi 2 parti itu, kaum melayu bakal terbela di tanah airnya sendiri.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808