Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

APA AKAN JADI PADA RAKYAT SABAH?

$
0
0
TIDAK habis-habis sejak awal merdeka, rakyat Sabah dijadikan "arnab percubaan" oleh para pemain politik. Apa yang malangnya, tindakan itu disokong sendiri oleh segelintir rakyat Sabah, semata-mata untuk mencapai kepentingan peribadi.

Sebagai akibat kepada tindakan itu, maka menyebabkan rakyat Sabah berpuak-puak. Sudah lah sebuah negeri yang didiami 32 entik dengan latar belakang yang berbeza, anutan agama yang berbeza, akibat tindakan para pemain politik, pemisahan antara etnik semakin melebar, sehinggakan dalam satu keluargapun terpisah-pisahkan kerana fahaman politik.

Sudah lah, sejak Sabah merdeka, setiap 9 tahun kerajaan berubah, sehinggakan kemajuan dan pembangunan Sabah terbantut, kerana faktor uji cuba oleh kerajaan yang mengambil alih. Sebelum tahun 1994, setiap 9 tahun, rakyat Sabah jadi bahan uji cuba, jadi bahan try and error, sebab itu lah, negeri yang mempunyai kekayaan hutan semulajadi, jatuh miskin dan mundur.

Selepas hampir 25 tahun rakyat Sabah mempunyai kerajaan yang stabil, politik yang stabil, maka muncul lagi rakyat Sabah menjadi petualang pada Oktober 2016, menubuhkan sebuah parti, kembali kepada kaedah sebelumnya, menjadikan rakyat Sabah sebagai bahan uji cuba.

Kini, terasa sudah, kestabilan politik selama 25 tahun (1994-2018) berlerai sudah. Kerajaan yang mengambil alih kembali kepada kaedah lama, try and error. Dalam proses try and error itu, rakyat mendapat kesannya, kerana rakyat sentiasa sebagai mentimun, menggolek atau digolek sentiasa terluka.

Sabah, akan terus membuat sejarah, sebagai negeri yang paling kerap berubah kerajaan. Namun, setiap kali berubah kerajaan, bukannya membawa kebaikan, kemajuan kepada rakyat Sabah, akan tetapi keburukan, kemunduran yang diterima.

Kerajaan yang mengambil alih, bertindak sedaya upaya mencatas jaringan kerajaan yang dikalahkan, di semua peringkat, baik yang melibatkan penjawat awam, apa tah lagi jawatan-jawatan politik. Kerajaan yang mengambil alih, seperti mana kerajaan sebelumnya, pada permulaannya bertindak rakus, seolah-olah baru menang perang dengan harta rampasan perang. Mereka berebut-rebut membahagikan harta perang sesama sendiri, dan sama sekali lupa hak-hak rakyat lainnya.

Apa yang malang lagi, wakil rakyat yang sepatutnya perlu bertindak semak dan imbang, sanggup jual diri, turut sama menyertai gerombolan rakus itu, setidak-tidaknya untuk mendapat tempias, meskipun, hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.

Malang sungguh rakyat Sabah, kerana permainan segelintir pemain politik, maka rakyat akan menerima padahnya. Tindakan kerajaan Sabah ini dalam polisi pemutihan rakyat asing, dengan mengatas namakan kemanusiaan, akan menjadi pemangkin kepada masalah yang lebih besar di masa akan datang, seperti mana berlaku hari ini di Semenanjung, kerana menerima prinsip jus soli, penduduk asing yang berada di Semenanjung semasa kemerdekaan Tanah Besar Melayu itu pada 31 Ogos, 1957. Fikir-Fikirkan Lah.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808