Senario politik sekarang, jikapun Parti Warisan Sabah (PWS) menarik sokongan terhadap Kerajaan Pakatan Harapan (PH), tidak menyebabkan kerajaan Persekutuan tumbang.
Mungkin atas sebab itu, Tun Dr Mahathir menggunakan kata-kata simbolik, apabila beliau ditanya berkaitan kemasukkan PPBM ke sabah yang tidak dipersetujui oleh Datuk Shafie Apdal.
Menurut Tun Dr Mahathir, kemasukkan PPBM ke Sabah akan dibincang diperingkat pimpinan parti, serta penilaian parti itu apa kah perlu tidaknya mengembangkan sayap ke Sabah, kemudiannya akan memutuskan apa kah akan ikut "Shafie Apdal" atau "Shafee Abdullah".
Dalam keadaan sekarang, PWS tidak boleh berbuat banyak, kerana parti itu bukan lagi penentu bagi Kerajaan Persekutuan, kerana PKR, DAP, PPBM dan Amanah mempunyai cukup kerusi bagi mempertahankan kerajaan Persekutuan.
Dalam senario sekarang, Shafie dan PWS, ibarat mentimun dan durian, mengolek atau digolek tetap sahaja terluka.
Shafie dan PWS tiada pilihan melainkan perlu akur dengan keadaan semasa politik. Jika beliau bersama partinya ingkar dengan senario politik semasa, tidak mustahil kerajaan negeri Sabah sekali lagi berganti sebelum PRU-15.