DUN N-24 Semenyih, Selangor, memangpun wilayah Bn, sebelum kawasan Dun itu ditawan PH pada PRU-14 lalu.
Berasaskan senario politik semasa, Bn bakal menawan semula kawasan itu, walaupun tidak mengubah kedudukan Kerajaan PH negeri Selangor.
Jika pengundi kawasan itu memberi undi kepada Bn, setidak-tidaknya suara pembangkang di DUN Selangor semakin kedengaran.
Hakikat yang ingin dilihat pada PRK kali ini ada lah arah pengundi kaum melayu, kerana kawasan ini mempunyai hampir 70% daripada kaum itu.
Jika pada PRU-14, berlaku pertembungan antara Bn dan Pas, pada kali ini, Bn dengan sokongan Pas bertembung dengan calon PH daripada PPBM.
Jika benarlah Bn menang, maka ianya merupakan amaran kepada PH pada PRU-15.
Penamaan calon dijadulkan pada 16 Februari, dan hari mengundi pada 2 Mac.