Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

PPBM MASUK SABAH HANYA MENUNGGU MASA

$
0
0
Keputusan PPBM masuk Sabah, apabila pimpinan parti itu melihat adanya keperluan mendesak bagi parti itu bertindak demikian.

Dipercayai PPBM dalam masa terdekat akan membuat pengumuman untuk mengembangkan sayap ke Sabah. 

Pucuk pimpinan parti itu, melihat kecaluran pemerintahan Sabah yang diterajui Parti Warisan Sabah (PWS), jika diteruskan akan memudaratkan pembangunan dan kemajuan negeri dalam jangka panjang.

Tindak tanduk kerajaan Sabah yang melampuai kebiasaan sebagai sebuah kerajaan yang menjalankan amanah rakyat, memerlukan parti PPBM sebagai semak dan imbang selain untuk memperbetulkan keadaan sebelum manjadi parah.

Tindakan-tindakan kerajaan negeri sejak membentuk kerajaan pada 12 Mei lalu, tidak menunjukkan tata urus tadbir yang baik, kerana bertindak semberono termasuk membelakangkan perintah Am Negeri dalam perlantikan kaki tangan awam.

Kerajaan Negeri yang diterajui Datuk Shafie Apdal hanya pandai bercakap, namun dalam segi pelaksanaan tersangat lemah, malah tidak tahu membezakan mana tindakan yang utama dan mana yang tidak.

Kelemahan yang sangat ketara, adalah berkaitan perlantikan ketua-ketua kampung atau JKKKK yang gagal dilakukan sehingga kini.

Melihat kepada kecaluran pemerintahan Shafie, maka jika tidak diperbetulkan, maka akan menjerumuskan pembangunan dan kemajuan Sabah.

Untuk rekod, Sabah telah pulih daripada negeri termiskin, telah mempunyai simpanan kewangan yang cukup besar, telah mencapai KDNK hampir RM80bilion, telah mempunyai bajet lebih RM4bilion, sebagai impak hala tuju pembangunan yang dirumuskan kerajaan dahulu, namun jika melihat cara kerajaan Sabah sekarang mentadbir negeri, jika beterusan, maka pembangunan & kemajuan Sabah akan undur ke belakang.

Hakikat perlu diterima, setiap pemimpin atau anak watan Sabah perlu bertindak menyelamatkan negeri, termasuk mantan-mantan pemimpin dan wakil rakyat Umno.

Kecelaruan kepimpinan negeri memerlukan mantan-mantan pemimpin bertindak termasuk menjemput kemasukan PPBM ke Sabah.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808