N24 Semenyih, Selangor ditawan PH pada PRU-14, apabila calon PH daripada PPBM mendapat undi sebanyak 25,424, Bn daripada Umno 23,580 dan PAS 15,663 undi.
Oleh kerana pada PRK ini, PAS memberi laluan kepada Umno, maka di atas kertas, kemenangan bakal dimiliki calon Bn daripada Umno.
PRK Cameron Highlands yang baru berlabuh semalam, bukan sahaja dapat dipertahankan oleh Bn, akan tetapi jumlah majoriti meningkat lebih 5 kali ganda beranding majoriti pada PRU-14.
Kemenangan calon langsung Bn- Ramli Mohd Nor yang merupakan MP pertama daripada kalangan orang asli, menunjukkan kerjasama antara Umno-PAS semakin diterima rakyat.
Tidak dinafikan juga, turun padang oleh mantan Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak semasa kempen, menutralisasaikan kempen para pemimpin utama PH, termasuk Tun Dr Mahathir.
Untuk catitan, pada PRK Cameron Highlands, seluruh pemimpin utama parti dan kerajaan PH telah turun berkempen, pun demikian tidak mampu merampas kawasan itu.
PRK Cameron Highlands adalah pertama di negeri yang diperintah BN selepas PRU-14.
PRK sebelum ini, 3 di Selangor dan 1 di Negeri Sembilan, semuanya dimenangi calon PH.
Berasaskan senario terkini, PRK Semenyih, walaupun di Negeri Selangor, di mana Bn kalah teruk pada PRU-14, hanya menang 4 DUN daripada 56, bersandarkan kepada keputusan PRK Cameron Highlands, DUN itu bakal dirampas semula oleh BN.
Apa yang perlu dilihat, apa kah Dato Seri Najib Razak dengan TAG #MALUAPABOSSKU akan turun padang? kerana didapati sejak akhir-akhir ini mantan Perdana Menteri itu, bukan sahaja popular di media sosial, akan tetapi di dunia nyata juga.