Penulis terperanjat apabila terbaca laporan akhbar tempatan, bahawa Datuk Shafie Apdal bertanya mana sudah tanah Benta Wawasan Sabah, yang ditanam kelapa sawit, pada yang sama juga bertanya ke mana sudah dana RM750 yang dilabur kepada syarikat milik Yayasan Sabah itu. Menurut beliau, wang RM750 juta itu, kini hanya berbaki RM30juta.
Shafie tahu, bahawa mana-mana pegawai kerajaan atau kakitangan syarikat yang berkaitan kerajaan tidak boleh memberi jawapan atau penjelasan berkaitan bertanyaan itu, kerana pertanyaan seumpama itu adalah kenyataan politik yang memang kakitangan atau pengurusan tidak boleh memjawabnya ke media massa, apa tah lagi mereka itu perlu menjawab Ketua Menteri.
Sebenarnya, Shafie tahu apa keadaan sebenar, kerana beliau sebagai Ketua Menteri, sudah tentu diberikan data dan fakta berkaitan syarikat-syarikat milik kerajaan negeri, kecuali lah beliau tidak mengerti membaca data atau fakta-fakta itu, atau kemungkinan para pegawai yang bertanggungjawab babau, apabila berdepan dengan Presiden Parti Warisan Sabah itu.
Menerusi pertanyaan seperti mana laporan akhbar tempatan itu, membawa pengertian, bahawa Ketua Menteri Sabah itu, tidak tahu bagai mana proses menanam kelapa sawit, selain tidak mengerti skala ekonomi sesebuah syarikat perlandangan, walaupun beliau kerap mengaku sebagai individu yang mempunyai kelulusan ekonomi.
Penulis bukanlah mantan kaki tangan Benta Wawasan, tetapi ramai juga sahabat andai atau kawan-kawan yang bekerja pada syarikat itu. Syarikat yang bermula dengan menanam kayu soft wood, kemudian bertukar kepada ladang kelapa sawit, bermula tahun 2005, sebenarnya telah membawa pulangan yang cukup besar kepada Yayasan Sabah, malah syarikat itu pernah beberapa kali membayar dividen kepada Kerajaan Negeri.
Shafie kena tahu sejarah syarikat itu, dan perlu tahu sejarah kawasan yang diusahakan oleh syarikat itu, adalah kawasan bekas pembalakan suatu masa lalu.
Penulis hanya memberi ulasan, kerana turut simpati kepada kakitangan syarikat itu, yang tidak boleh menjawab kenyataan Ketua Menteri itu.
Penulis tahu, Shafie mahu menembak Kerajaan dahulu, khususnya era Tan Sri Musa Aman, sebab itu beliau membuat kenyataan sensasi untuk mendapat perhatian daripada SPRM.
Shafie kena faham, bahawa pengurusan Yayasan Sabah masa kerajaan dahulu, sepenuhnya di bawah pengurusan sepenuhnya oleh Yayasan itu, tidak membabitkan kabinet atau kerajaan negeri, kerana Yayasan itu atau syarikat-syarikat ditadbir urus secara profesional.
Melihat cara Shafie memerintah, beliau bukan mempunyai pendekatan sebagai Ketua Menteri atau CEO sebuah syarikat besar, melainkan cara pembangkang, yang suka menembak merata. Seorang Ketua Menteri, perlu bercakap berkaitan fakta dan data yang betul daripada A ke Z, bukannya membuat kenyataan politik.
Menerusi kenyataan itu, boleh menyebabkan moral kakitangan syarikat-syarikat GLC yang mana pada era kerajaan dahulu, bukan sahaja berkerja bertungkus lumus, malah saban tahun dapat membayar dividen kepada Kerajaan Negeri.
Dalam pengertian perniangaan, hanya syarikat yang laba sahaja dapat membayar dividen. Ada lah jelas, jika dividen dapat dibayar, maka sekaligus, jika ada liabiliti seperti hutang juga sudah tentu dapat dibayar.
Dalam pemerhatian penulis, Shafie, masih menggunakan pendekatan pembangkang, bukan sebagai Ketua Menteri sebuah negeri, yang meliputi kabinet, kementerian, jabatan-jabatan kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan, kerana beliau mengakui secara tidak langsung, bahawa beliau TIADA pengetahuan berkaitan agensi-agensi berkenaan, sebab itu mempelawa SPRM membantu beliau memeriksa agensi-agensi itu.
Benar lah kata orang, Shafie hanya petah bercakap, tetapi tidak tahu megurus/mentadbir. Mungkin atas sebab itu, sehingga kini, beliau TIADA HALA TUJU, sebab SALAH TUJU.