Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

PRK Cameron Highlands:Kelibat Pengundi Muda Kurang

$
0
0
Dikhabarkan, pengundi muda kurang turun mengundi pada PRK Cameron Highlands. Apa kah petanda ini, calon Bn akan menang?

Pada PRU-14 pengundi muda adalah penyebab tingginya undi calon PH daripada DAP, sehinggakan kemenangan calon Bn pada PRU itu, kurang 600 undi.

PRK Cameron Highlands dipandang tidak berimpak apa-apa kepada kerajaan PH, kerana tidak mempengaruhi kedudukan Kerajaan Persekutuaan, namun PRK kali ini, merupakan penanda aras bagi Bn untuk bangkit semula.

Kemengan calon Bn, boleh meningkatkan semangat para pemimpin dan penyokong gabungan tiga parti itu.

Kemenangan calon Bn juga adalah petanda bahawa imej Dato Seri Najib Razak sebagai mantan Perdana Menteri tidak lah seburuk yang disangka walaupun mantan Perdana Menteri berdepan dengan berbagai tuduhan di Mahkamah berkaitan wang SRC International dan 1MDB.

Jika pengundi Cameron Highlands memilih calon Bn, bererti mereka memegang prinsip, seseorang yang didakwa tidak bersalah sehinggalah mahkamah memutuskan sebaliknya.

Pada PRK Cameron Highands Tun Dr Mahathir turut turun berkempen bagi meneturalisi kempen Dato Seri Najib Razak, yang dikatakan mendapat sambutan daripada para pengundi.

Sama-sama kita tunggu siapa calon yang dipilih oleh pengundi Parlimen Cameron Highlands pada malam ini.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808