Kategori pemimpin, apabila ada yang dipimpin. Jika penyertaan seseorang pemimpin bersyarat, bukan sahaja menghina pemimpin itu akan tetapi penyokongnya.
Syarat PPBM menerima mantan pemimpin Umno bukan secara enblok, tetapi individu, ertinya mereka itu dipisahkan dengan penyokong. selain itu perlu melepasi tapisan PDRM dan SPRM. Kalau menyangkut PDRM, maka kategori kriminal, manakala SPRM, kerana rasuah atau salahguna kuasa. Makna kata, seseorang itu bersalah ditentukan oleh dua agensi itu, bukan lagi mahkamah.
Tambahan berkiutnya, tidak boleh memegang sebarang jawatan sehingga PRU-15 aka 5 tahun, maka mereka itu terpaksa memutuskan pengaruh politik mereka selama tempoh itu.
Jika demikian. maka pemimpin itu menjadi sebatang kara, dan menyerupai seperti rusa masuk kampung, malah kemungkinan besar pemimpin itu menjadi kera sumbang di tempat baru.
Kelangsungan perjuangan seorang pemimpin politik, berkait rapat dengan sokongan para penyokong. Tanpa penyokong, maka seorang pemimpin politik, ibarat mandi tak basah, berenang dalam kolam kering atau bersendirian di padang pasir.
Bagai mana mereka bergelar pemimpin? sedangkan tiada lagi yang dipemimpin. Kehadiran mereka dalam tempoh 5 tahun, bagaikan melukut ditepi gantang. Jika demikian, apa hala tuju mereka dalam tempoh selama itu?
Melihat syarat-syarat yang diberikan PPBM, menunjukkan, bahawa para mantan pemimpin Umno itu, hidung tak mancung tapi pipi tersorong-sorong. Apa kah keadaan itu menepati anggapan DAP, bahawa mereka itu adalah "sampah".
Kononnya, menyertai PPBM untuk memeperkuat parti itu. Bagai mana memperkuat, jika "pemimpin" yang menyertainya keseorangan, tanpa hala tuju, selain hanya angguk, menyokong, tepuk, untuk tempoh 5 tahun!!!.
Penulis tidak faham "permainan aras tinggi" para mantan pemimpin itu. Mungkin penulis tiada kemampuan membaca apa yang tersurat apa tah lagi yang tersirat.
Pada rakyat, berteka teki, mencongak-congak, bagaikan menikam nombor 4 ekor, hanya berkesudahan lose!!! lose!!.
Bagi rakyat, mesti bersifat terbuka, mesti berasaskan fakta dan nyata, bukannya bersandar pada HOPE atau harapan.
Sekiranya ada, malang bagi mantan pemimpin yang ditolak, ertinya mereka telah mendapat COP atau trade mark buruk, walaupun ianya persepsi pihak-pihak tertentu. Dalam undang-undang, seseorang itu perlu dianggap tidak bersalah, selagi mahkamah tidak menjatuhkan hukuman.
Dalam politik, tiada parti yang suci, tidak sekalipun terdapat di mana-mana di dunia ini, apa kah parti yang mengamalkan demokrasi mahupun sosialis ataupun komunis.
Penulis tertanya-tanya, budaya baru yang mahu dipekenalkan parti tajaan Tun Dr Mahathir itu? apa yang mahu dipertontonkan kepada rakyat? Sedangkan jelas tujuan sesebuah parti politik adalah membela, melindungi, membantu penyokong dan segmen rakyat yang diwakili. Jika mantan pemimpin Umno keseorangan, tanpa boleh membawa para penyokongnya, atau tiada andil untuk memastikan menyokongnya turut sama diterima, apa fungsi pemimpin itu? apa kah hanya sebagai pelengkap? atau sebagai perhiasan? Tepuk dada tanya selera!!!.