Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

SENARIO POLITIK SABAH SELEPAS PRU-14: SIAPA UNTUNG SIAPA RUGI?

$
0
0
PRU-14 sudah 7 bulan berlalu. Kerajaan pun sudah dibentuk. Akan tetapi, keadaan seperti rumah siap pahat berbunyi.

Mengapa keadaan sedemikian rupa? sebabnya janji politik atau janji dalam manifesto, bukan kitab suci. Maknanya, rakyat yang terpancing dengan janji-janji itu, tertipu. Benar-benar tertipu.

Di kala ramai rakyat yang merasa tertipu, para pemimpin pula termasuk wakil rakyat yang menjadi pembangkang melakukan gerakan-gerakan yang jauh berbeza dengan asas perjuangan, berbeza dengan harapan pengundi yang menyebabkan mereka menang.

Rakyat atau pengundi atau khususnya penyokong di bawa berkelana, diberi tahu, bahawa ada harapan baharu bakal ada di hadapan. Mereka diajak berhijrah ke tempat baharu yang menjanjikan harapan masa depan.

Manakala yang menang, asyik dengan kemenangan, sehinggakan kemenangan itu membuatkan mereka alpa, menyebabkan mereka mabuk di singgahsana kekuasaan, mereka hanya tahu mendonggak ke atas, tidak lagi melihat ke bawah, malah tidak kenal lagi siapa di belakang.

Hakikatnya, siapa yang untung dan siapa yang rugi? Bagi penulis, rakyat atau pengundi lah yang rugi. Harapan setinggi gunung mereka, rupanya hanya tinggal harapan, mereka tetap sahaja mentimun, mengolek terluka, kena golek lagi binasa.

Masalah rakyat khususnya berkaitan sara hidup, peluang mendapatkan pekerjaan, hanya mereka hadapi, seperti mana yang lalu-lalu. Orang politik, hanya sibuk beretorik, hanya sibuk berteori, sibuk berhujah, tetapi tidak menyumbang kepada kesejahteraan rakyat. 

Selepas PRU-14, apa yang berubah, adalah pergantian individu di jawatan-jawatan yang telah ada sejak zaman ajali, yang berubah, adalah lifestyle para individu itu, manakala rakyat yang menjadikan mereka mendapat jawatan, bagaikan rumput di di tepi jalan, hidup segan mati tak mahu. Mereka yang mendapat jawatan inilah yang untung. Mereka yang ada jawatan parti yang untung. Keuntungan mereka bersifat peribadi, sebab itu, mampu menukar gaya hidup. Kononnya, peluang kemewahan itu adalah balasan kepada perjuangan mereka dahulu, daripada pembangkang menjadi kerajaan.

Kerana keadaan ini lah, sejarah politik Sabah suatu masa lalu, hanya bertahan 2 penggal, kemudiannya berganti. Kita sama-sama lalui, kerana kerapnya pergantian kerajaan, maka rakyat menderita, di lain pihak, hanya pemimpin yang kekal dengan singgahsana, apatah lagi telahpun membawa gelaran, menikmati bayaran pencen sampai mati.

Di Sabah beratus jumlah mantan-mantan wakil rakyat dan setiausaha politik yang dibayar pencen sampai mati. Setiap berlaku pergantian kerajaan, maka mucul lah wakil rakyat baharu, manakala wakil rakyat yang tidak lagi menjadi wakil rakyat, terus menikamti bayaran pencen, demikian lah seterusnya. Mereka ini, wakil rakyat ataupun bukan tetap sahaja untung, berbeza dengan rakyat, yang hanya dikenali semasa dekat-dekat pilihan raya, dan akhirnya berkesudahan di pihak yang sentiasa rugi.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808