Terperanjat dengan majoriti besar, menyebabkan ada pemimpin Bn memberi reaksi, PRU-14 boleh sahaja diadakan esok!!!.
Pembentukan kerajaan Persekutuan ditentukan oleh jumlah kerusi parlimen. Memandangkan jumlah kerusi tidak sama rata antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung, maka Semenanjung boleh membentuk kerajaan Persekutuan tanpa kerusi-kerusi daripada Sabah dan Sarawak.
Pengagihan kerusi parlimen sedia ada, Semenanjung 165, Sarawak 31 dan Sabah 26 termasuk WP Labuan.
Jumlah majoriti mudah hanya memerlukan 112 daripada 222 kerusi parlimen keseluruhan.Ertinya, jika parti-parti yang bertanding mendapat kerusi 112 di Semenanjung, maka boleh membentuk kerajaan Persekutuan.
Mengambil keputusan dua PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, jika trend itu berterusan pada PRU-14, tidak mustahil, parti-parti pembangkang DAP-PKR berserta Amanah dan Pas hanya mampu menang maksima 50 kerusi Parlimen di Semenanjung. Jika demikian, maka Bn di Semenanjung bakal mendapat 115 kerusi, kedudukan yang membolehkan membentuk kerajaan majoriti mudah.
Sebelum PRU-2008, keputusan PRU senantiasa jumlah kerusi Bn di Semenanjung dalam keadaan yang boleh membentuk kerajaan dengan majoriti mudah tanpa penyertaan Sabah dan Sarawak. Bagi rakyat Sabah dan Sarawak tahu, keadaan apa yang berlaku!!!, macam para wakil rakyat daripada Sabah dan Sarawak seperti melukut di tepi gantang.
Hanya kerana tsunami politik yang melanda Bn pada PRU-2008, Sabah dan Sarawak mendapat jolokkan Simpanan Tetap Bn. Bersandar pada keputusan PRU itu dan berterusan selepas PRU-13, maka para wakil rakyat Sabah mendapat tempat. Rakyat Sabah dan Sarawak menyaksikan, bahawa ramai wakil rakyat dilantik sebagai Menteri dan Timbalan Menetri- julung kali berlaku selepas negara merdeka lebih setengah abad.
Juga akibat tsunami politik di Semenanjung, maka Sabah dan Sarawak mendapat jalanraya Persekutuan berkembar yang diberi nama Pan Borneo atau Trans Borneo, selepas 53 tahun, Perdana Menteri Pertama menjanjikan pembinaannya.
Akibat tsunami politik tahun 2008 dan seterusanya 2013, maka Sabah dan Sarawak diberikan haknya sedikit demi sedikit, di mana hak-hak itu terlupakan semasa 5 Perdana Menteri bertampuk di medan kuasa.