Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

Apa Kehendak Rakyat?

$
0
0
Semua pihak tahu, kehendak rakyat negara ini sebenarnya berpaksi pada soal-soal ekonomi, pendidikan, peluang pekerjaan, tingkat pendapatan, perumahan, kesihatan, pembangunan kemudahan asas atau infrastrukutur serta perkhidmatan kerajaan tempatan, bukannya soal-soal agama dan perkauman.

Jarang benar, parti-parti yang membangkang parti kerajaan mempunyai hala tuju khusus berkaitan dengan perkara-perkara kehendak rakyat itu, sebaliknya parti-parti yang membangkang, lebih suka bermain dengan faktor keagamaan dan perkauman.

Puncak parti pembangkang mendapat manafaat kepada permainan keagamaan dan perkauman, adalah melalui PRU-12 dan 13, kemudian trend itu menurun dengan sendirinya, kerana rakyat akhirnya faham, kerana sebenarnya parti-parti pembangkang sebenarnya ikut menari sesuai dengan rentak parti Barisan Nasional., di mana akhirnya rakyat tersedar, adalah lebih baik menyokong syaitan yang dikenali berbanding malaikat yang belum dikenalpasti.

Permainan politik, jika tidak mampu menyediakan padang permainan yang berbeza, maka ikut rentak permainan yang sedia ada. Untuk masa ini, salah seorang pemimpin pembangkang yang mampu mengikut rentak permainan adalah Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR- Dato Azmin Ali. Azmin faham “cash is king” merupakan tarikan utama rakyat, khususnya penjawat awam kepada sesebuah kerajaan. Penjawat awam, walaupun jumlahnya tidaklah begitu ramai, namun pengaruhnya cukup signifikan, kerana mereka juga mempunyai keluarga. Pengaruh mereka terhadap keluarga masing-masing mempunyai impak kepada keputusan menentukan sesebuah kerajaan.

Sempena Hariraya yang menjelang tiba, Kerajaan Pesekutuan serta kerajaan-kerajaan negeri di bawah naungan Barisan Nasional mengumumkan bantuan hariraya sebanyak RM500 kepada pejanjawat awam, tanpa mengira pangkat. Pada keadaan yang sama, Azmin Ali mengumumkan untuk negeri Selangor, semua kakitangan awam diberikan satu setengah bulan gaji bagi lebih 17ribu kaitangan awam negeri itu.

Kemungkin besar Azmin mengambil iktibar kepada keputusan dua PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, bahawa isu-isu setempat yang berkaitan dengan kehidupan pengundi secara langsung menyebabkan calon-calon Bn menang besar. Isu yang dimainkan Tun Dr Mahathir, isu yang dimainkan pemimpin DAP serta isu yang dimainkan Rafizi Ramli berkaitan jet yang disewa khas membawa Datin Rosmah mansor Ke Istanbul, hanya menyebabkan pengundi jelak, khususnya mereka yang mengundi calon-calon pembangkang pada PRU-13 lalu.

Adalah menjadi penghalang utama kepada Parti barisan Nasional untuk merampas negeri-negeri yang dikuasai Pembangkang, jika para pemimpin negeri itu, menukar pendekatan kepada faktor-faktor yang dikehendaki rakyat. Selangor dan Pulau Pinang, boleh menjadikan “cash is king” kepada rakyat dua negeri itu, memandangkan dua negeri tersebut merupakan negeri kaya.

Jika dalam tempoh dua tahun, parti-parti pembangkang mengubah taktik untuk merebut hati rakyat kepada soal-soal yang disebutkan pada awal tulisan ini, besar kemungkinan, parti-parti barisan nasional berdepan dengan tentangan hebat pada PRU-14. 

Kena ingat, jika mahu menang dalam sesuatu pertarungan, jika tidak mampu menyediakan lapangan yang berbeza, maka ikut rentak permainan, akan tetapi depaninya dengan stamina, kekuatan, taktik yang lebih hebat. seperti dalam permainan bola, pada padang sama, dengan pengadil yang sama, dengan penonton yang sama, kemenangan boleh dirai, dengan permainan yang taktikal disertai dengan strategik yang jitu.

Kepimpinan Barisan Nasional, kena bersedia berdepan dengan perubahan taktik kepimpinan parti Pembangkang, sepertimana langkah yang telah dibuat oleh Azmin di Selangor.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808