Sebagaimana ramalan, apabila berlaku pertembungan tiga penjuru, maka kemenangan di pihak Bn, sebabnya, Bn mengekalkan jumlah undi sesuai dengan peratusan yang turun mengundi, sementara parti pembangkang mengekalkan undi masing-masing, juga sesuai dengan peratusan yang mengundi.
Pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, majoriti Bn di Sungai Besar meningkat lebih 20 kali ganda, manakala di Kuala Kangsar lebih 6 kali ganda berbanding keputusan PRU-13, sebabnya undi pembangkang berpecah kepada dua. Analisis para pengamat politik yang pro pembangkang, kononnya, parti Amanah sokongan DAP akan bersaing rapat dengan Bn, terbukti melalui PRK ini, analisis mereka itu meleset. Berasaskan keputusan, Parti Amanah hanya bersaing dengan Parti Pas, dan jumlah yang diperolehi dua parti itu mencerminkan jumlah pengundi pembangkang. Penurunan jumlah undi yang diperolehi Bn berbanding PRU-13 lalu, bukan kerana penyokongnya mengundi parti lawan, akan tetapi ramai yang tidak turun mengundi.
Peratusan yang turun mengundi pada PRK Sungai Besar hanya 74 peratus manakala di Kuala Kangsar 71 peratus.
Apa yang dapat dilihat melalui dua PRK kali ini, adalah Bn mengekalkan pengundinya, Parti Pas juga demikian, manakala penyokong DAP dan PKR bergabung dalam Parti Amanah. Nampaknya parti Amanah yang ditubuhkan lebih 6 bulan oleh serpihan Parti Pas tidak mampu menaik penyokong/pengundi Pas.
Juga melalui dua PRK kali ini, impak Tun Dr Mahathir tiada kesan kepada sokongan kepada parti Amanah yang mewakili PKR dan DAP. Malah di kawasan pusat Mengundi majoriti kaum cina, telah berlaku “swing” kepada Bn.
Desakan Tun Dr Mahathir kepada pengundi di dua kawasan itu agar mengundi Parti Amanah sebagai tanda penolakan kepada kepimpin Dato Seri Najib Razak, terbukti tidak disambut pengundi.
Jika sebelum ini, para penganalisis pro pembangkang, membuat analisa, bahawa keputusan dua PRK ini mencerminkan arah pengundian pada PRU-14, maka keputusan dua PRK ini yang berpihak kepada Bn dengan majoriti besar, maka dengan sendirinya menjawab, bahawa sebenarnya Bn yang dikatakan parti tenat, sebaliknya Bn masih gagah dan kuat.
Memang diakui, jumlah pengundi pembangkang di kawasan itu hampir sama, dan trend itu sejajar dengan keputusan PRU-13 lalu. Namun, jika pada PRU-14 akan datang masih berlaku pertandingan tiga penjuru bagi kawasan-kawasan majoriti melayu, antara BN, Pas dan PKR/Amanah, maka keputusannya dapat diramal, yakni kawasan-kawasan tersebut berpihak kepada Bn.
Nampaknya, jika trend PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar berlanjutan pada PRU-14, maka banyak kawasan-kawasan yang dimenangi PKR dan Pas pada PRU-13 lalu akan dirampas semula oleh Bn.
Sebelum ini rakyat Sarawak sudah membuktikan kepada Anti Najib, bahawa rakyat berdiri teguh di belakang parti Bn, namun para pemimpin Anti Najib menidakkan keputusan rakyat itu, dan menyatakan bahawa sebenarnya DS Najib telah ditolak rakyat. Mereka mendakwa, bahawa melalui dua PRK kali ini, DS Najib akan dihukum oleh rakyat, dan mereka menggambarkan mengalahkan calon Bn sebagai refrendum kepada kepimpinan DS Najib. Kini, melalui majorti yang berlipat-lipat kali ganda yang diperolehi calon Bn, maka dengan sendirinya rakyat menunjukkan sokongan teguh kepada Barisan Nasional dan kepimpinan Perdana Menteri.
Jika berasaskan kepada keputusan PRN Sarawak dan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, sebenarnya kempen Anti Najib telah tamat (game over). Apa kah mereka yang inginkan DS Najib letak jawatan kononnya kerana tiada sokongan rakyat masih meneruskan kempen mereka? Jika juga masih meneruskan kempen mereka, ertinya tindakan mereka itu hanya syiok sendiri.
Nota; Di Parlimen Sungai Besar pada PRU-13, Bn mendapat undi 18,695 manakala pada PRK kali ini hanya mendapat 16,800, ertinya seramai 1,895 penyokong tidak turun mengundi, manakala undi pembangkang pula 18,296 pada PRU-13, pada PRK kali ini Pas=6902 dan Pan=7609, ertinya seramai 3,785 pengundi pembangkang tidak turun mengundi. Di Parlimen Kuala Kangsar pada PRU-13 undi Bn 14,218 pada PRK kali ini 12,653, ertinya seramai 1,565 pengundi Bn tidak datang mengundi, Di pihak pembangkang pada PRU-13 mereka mendapat undi 13,136 pada kali ini Pas=5684 dan Pan=4883, ertinya pengundi pembangkang yang tidak mengundi seramai 2,569.
Pada PRK kali ini, calon Bn di Sungai Besar mendapat majoriti 9,191 berbanding 399 pada PRU-13, sementara di Parlimen Kuala Kangsar majoriti Bn 6,969 berbanding 1,082 pada PRU-13.