1. Apa yang bakal berlaku pada Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Umno pada Jumaat? Apa kah akan berulang seperti mana berlaku terhadap Pak Lah Tahun 2008?
2. Pada Isnin- Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah yang juga Timbalan Pengerusi Umno Sabah- Datuk Salleh Tun Said menulis di blog beliau sambil mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno semasa menggulung perbahasan Mesyuarat Umno Bahagian Cheras pada Ahad, Speaker DUN Sabah tersebut menyifatkan ucapan TPM pada majlis tersebut sebagai undi tidak percaya kepada kepimpinan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri.
3. Salleh tanpa berselindung mendedak Tan Sri Muhyiddin mengikuti langkah mantan TPM Tun Musa Hitam yang meletakkan jawatan kerana tidak sehaluan dengan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.
4. Sehingga tulisan ini disiar, belum terbaca mana-mana pihak dalam Umno menyokong desakan Salleh tersebut.
5. Usaha AYT mendapatkan komen daripada beberapa wakil rakyat mahupun Ketua-ketua Bahagian, sehingga kini belum diperolehi, kerana tiada sesiapa yang membalas pertanyaan.