Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2801

Rombakan Kabinet- Muhiyiddin dan Shafie Digugur- Tepati Ramalan

$
0
0
1. Hanya kerana kemelut 1MDB- Tan Sri Muhiyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Afdal- Timbalan dan Naib Presiden Umno digugurkan dalam kabinet Persekutuan seperti yang diumumkan Perdana Menteri kira-kira pukul 2 petang pada Selasa.

2. Oleh kerana kritikan Muhyiddin dan Shafie terhadap 1MDB, maka mereka tidak dianggap sebagai satu pasukan dalam kabinet.

3. Pembela kuat isu 1MDB Datuk Salleh Tun Said, walaupun bukan berstatus AMT Umno atau MP, namun dilantik sebagai Menteri Penuh bagi Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

4. Dalam rombakan kabinet DS Najib, telah mengugurkan 4 Menteri- selain TSMY dan DSSA, juga Dato Hassan Malek dan G Palanivel. Palanivel kehilangan jawatan kerana terpecat sebagai Presiden dan ahli MIC.

5. Dato Seri Zahid Hamidi dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baru.

6. Kabinet baru Najib berkuat esok 29 Julai.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2801