1. Semalam semasa berucap pada Mesyuarat Umno Bahagian Cheras, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tiada sesiapa yang mengetahui berkaitan syarikat gergasi 1MDB, hanya Perdana Menteri seorang.
2. Menteri kewangan keduapun- Dato Ahmad Husni Hanadzlah, tidak mengetahui perjalanan syarikat tersebut, apatah lagi Dato Rahman Dahlan.
3. Pengakuan berterus terang Timbalan Perdana Menteri berkaitan 1MDB, sangat memperanjatkan semua pihak, walaupun sebelum salah seorang Menteri Kabinet- Dato Seri Mohd Shafie Apdal juga berkata dengan nada yang sama.
4. Benar, kabinet telah diberikan fact sheet berkaitan 1MDB, namun selok belok perjalanan syarikat tersebut tidak dijelaskan, sehingga boleh menjana hutang sehingga RM41.8bilion dalam tempoh masa enam tahun.
5. Muhyiddin mengakui terpaksa merujuk kepada Laporan The Age untuk mengetahui kedudukan 1MDB. Malangnya, ada juga anggota kabinet berkata, bahawa laporan tidak tepat dan megelirukan, namun anggota kabinet yang berkaitan juga tidak dapat memberi jawapan, mana satu fakta yang benar dan tepat.
6. Timbalan Perdana Menteri mengakui, bahawa pihak-pihak tertentu sedang menyiasat 1MDB, namun beliau mengingatkan kerajaan, agar dengan segera menyelesaikan isu 1MDB, kerana semakin berlarutan isu tersebut, semakin berimpak negatif kepada negara.
7. Negara tidak boleh bertahan selamanya, kerana selagi isu 1MDB tidak diselesaikan, ianya menekan perekonomian negara, sepertimana ditunjukkan melalui penurunan nilai riggit. Nilai ringgit telah jatuh ke paras terrendah dalam tempoh 16 tahun terhadap US Dollar. Pertukaran terkini 1USD=RM3.82.
8.1MDB semakin disoroti kerana dilaporkan sebahagian wang pinjaman syarikat gergasi tersebut telah dicuri pihak-pihak tertentu termasuk Jho Low, khususnya yang membabitkan JV antara 1MDB dan PetroSaudi International yang membabitkan wang 1MDB sebesar USD1.83bilion.
9. Isu 1MDB semakin rancak lagi, apabila dilaporkan bahawa sebahagian wang 1MDB telah dimasukan ke akaun peribadi Perdana Menteri. The Wall Street Journal melaporkan sejumlah USD700 milion atau RM2.6bilion telah dimasukkan ke akaun Perdana Menteri pada Mac 2013.
10.Ekoran laporan WSJ tersebut pada 2 Julai, TPM telah menghantar Teks kepada Perdana Menteri agar menjawab dakwaan tersebut, namun sehingga kini nasihat beliau tidak diindahkan.
11. Untuk pengetahuan umum, bahawa Perdana Menteri tidak pernah menafikan berkaitan wang RM2.6 bilion seperti mana laporan WSJ, juga tidak pernah menafikan atau mengiakan berkaitan kewujudan akaun di AmBank yang menerima wang tersebut.