1. Kedudukan Dato Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri, TIDAK tergoyah, MESKIPUN beliau gelisah, kerana berdepan dengan berbagai dakwaan dan desakan.
2. Tindakan Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad, 90 sebagai orang yang paling depan mendesak Perdana Menteri ke-6 itu meletakkan jawatan, nampaknya tidak menampakkan hasil, kerana DS Najib teguh dengan pendirian beliau, bahawa tiada sebab beliau melepaskan jawatan hanya kerana desakan beberapa pemimpin, meskipun desakan tersebut menampakkan beliau gelisah.
3. Penggunaan kemelut 1MDB untuk memaksa PM meletakkan jawatan, nampaknya sehingga kini, tidak menjadi faktor tindakan berpaling tadah daripada para pemimpin Umno, kerana sehingga kini rata-rata pemimpin parti masih berdiri teguh di belakang beliau, kecuali satu dua pemimpin membuat kenyataan aca-aca, seperti Menteri KKLW- Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
4.Kedudukan Najib berbeza dengan Mantan Perdana Menteri ke-5 Tun Abdullah Badawi, kerana pada masa ini, tiada pemimpin yang serius untuk merebut jawatan Perdana Menteri.
5. Kalau diimbau kembali, perbandingan antara Abdullah Badawi yang didesak melepaskan jawatan selepas PRU-12, sebenarnya, keadaan Najib lebih berat, kerana PM ke-6 tersebut, selain berdepan dengan keputusan PRU-13 yang lebih teruk berbanding keputusan PRU-12, juga pencapaian Najib sebagai Pengerusi Umno Selangor, yang teruk pada PRU-13.
6. Abdullah semasa didesak melepaskan jawatan hanya berdepan dengan keputusan PRU-12, namun Najib bukan sahaja berdepan dengan keputusan UBN yang lebih teruk, akan tetapi berdepan dengan berbagai skandal. Skandal yang paling menonjol adalah isu 1MDB, serta dakwaan sejumlah RM2.6bilion wang telah dimasukkan ke akaun peribadi beliau.
7.Tun Dr Mahathir semasa merayakan Harijadi pada malam Jumaat, menyatakan dengan tegas, bahawa seharusnya Najib bersara sebagai Perdana Menteri, jika masih mahu UBN memerintah negara, juga agar perekonomian Malaysia pulih selain mengembalikan imej Malaysia di mata dunia.
8. Malaysia kini, menjadi sorotan utama dunia, selepas Greece. Kalau Greeca diceritakan sebagai negara muflis, namun Malaysia menjadi bualan dunia, kerana dakwaan skandal.
9. 1MDB yang dijadikan asas bagi mendesak DS Najib meletakkan jawatan, kini dalam siasatan berbagai pihak dalam negara. Faktor utama yang disiasat adalah dakwaan usahasama antara syarikat tersebut dengan PetroSaudi dimana dikatakan wang sebanyak USD1.83bilion telah dicuri oleh beberapa individu termasuk Jho Low, dan kemudiannya didakwa wang tersebut berakhir pada akaun peribadi Perdana Menteri.