1. Setakat ini sudah tiga individu yang diakitkan 1MDB sudah ditahan petugas khas.
2. Berapa ramai lagi kah bakal ditahan? dikhabarkan Pengarah Urusan SRC International Nik Faisal Arif Kamil yang juga bekas Ketua Pelaburan 1MDB, dikatakan sukar dikesan sejak akhir-akhir ini, walaupun sekatan keluar negara sudah berkuat kuasa.
3. Nik Kamil merupakan individu penting dalam siasatan khususnya berkaitan dengan pengurusan akaun peribadi Perdana Menteri di AmBank.
4. Pada 2 Julai, The Wall Street Journal ada "mendedah" satu surat kuasa daripada Nik Kamil yang ditujukan kepada Bank bagi maksud pemindahan dana daripada akaun yang dikatakan kepunyaan Perdana Menteri.
5. Melihat kepada keadaan tersebut, menunjukkan, bahawa Perdana Menteri merupakan pemegang amanah bagi Umno bagi menerima sumbangan bagi pihak parti.