1. Terbayang sangat kegembiraan diwajah Mantan Perdana Menteri apabila teman-teman beliau menyediakan pesta ala-Hollywood di Berjaya Time Square, malam tadi.
2. Tampil dengan gaya segak berpakaian sut hitam dengan boe-tie warna sedondon, tidak terbayangkan seorang individu yang merayakan usia 90 Tahun, dalam keadaan sihat dan mengancam.
3. Tun Dr Mahathir menjadi sorotan semua pihak baik dalam negara mahupun luar negara, kerana sejak awal tahun ini, bertali arus mendesak agar supaya Perdana Menteri ke-6 DS Najib Razak meletakkan jawatan.
4. Dengan berbagai komen politik dan mempergunakan kemelut 1MDB, menyebabkan Malaysia menjadi sorotan dunia, bukan kerana perkhabaran baik, akan tetapi negatif, sehingga menimbulkan persepsi negatif kepada imej negara.
5. Imej negatif yang tercipta akibat komen-komen Tun Mahathir, maka impak pertama terlihat pada punurunan mata wang negara. Ringgit jatuh keparas nilai terendah dalam jangka masa 16 tahun berbanding dollar amerika.
6. Oleh kerana penurunan mata wang ringgit, devisa negara juga menurun. Pada 15 Julai devisa negara hanya berjumlah RM383bilion (USD100.5bilion). Devisa dibawah USD100bilion, adalah keadaan krtitikal kepada kewangan negara.
7. Tun M menyambut harijadi dalam susana gembira, berbanding dengan DS Najib dalam keadaan tidak menentu, kerana berbagai cabaran sedang dihadapi Perdana Menteri ke-6 itu.
8. Perdana Menteri menyambut harijadi ke-62 dismbut secara sederhana pada tahun ini, berbanding tahun-tahun yang lalu. Melalui keadaan tersebut, tercermin, bahawa tekanan berat memang sangat dirasai beliau.