Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2801

JV 1MDB-PetroSaudi-Apa Kah Satu Skim Penipuan?

$
0
0
1. Pemilik dan Penerbit The Age Media Group Tong Kooi Ong dan Ho Kay Tat, mengaku telah memerangkap Xavier Andre Justo untuk melepaskan 400,000 e-mail yang dicuri daripada PetroSaudi.

2. Tong Kooi Ong dan Ho Kay Tat mengulas laporan The Straits Times Singapura yang menyatakan bahawa menurut Justo tidak mendapat bayaran USD2juta seperti mana dijanjikan.

3. Melalui pengakuan Justo tersebut, pemilik dan penerbit The Age, mengulangi kenyataan mereka sebelum ini, bahawa tiada sebarang bayaran terlibat bagi mendapatkan maklumat daripada Justo.

4. Tujuan mendapatkan maklumat daripada Justo menurut pemilik dan penerbit The Age, hanya semata-mata bertujuan untuk mendedahkan satu skim penipuan yang membabitkan syarikat Malaysia.

5. The Age mendakwa adalah satu tanggungjawab moral bagi mendedahkan penipuan yang berjumlah USD1.83bilion.

6. Oleh kerana maklumat yang diperolehi daripada Justo tersebut, sudah diserahkan kepada Bank Negara, PDRM dan SPRM, maka tertakluk kepada siasatan agensi tersebut, apa kah kandungan dokumen-dokumen tersebut palsu atau benar.

7. 1MDB kini dalam siasatan berbagai pihak termasuk Ketua Audit Negara dan PAC Dewan Rakyat.

8. 1MDB menjadi sorotan, kerana dikaitkan dengan Perdana Menteri.

9. Mantan Perdana Menteri- Tun Dr Mahathir menjadikan isu 1MDB sebagai asas untuk mendesak DS Najib meletakkan jawatan. Namun, PM tetap berdiri teguh pada jawatan beliau, dan tidak akan meletakkan jawatan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2801