Meskipun 14 Ketua-Ketua Bahagian Umno menyatakan kehilangan kepercayaan terhadap Dato Mukhriz Tun Mahathir sebagai Menteri Besar and Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, sebenarnya, kenyataan itu hanya bersifat kenyataan peribadi, kerana ianya tidak mempunyai kedudukan undang-undang.
Untuk menyingkirkan seorang Menteri Besar, pertama- beliau kehilangan sokongan majority mudah ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Jika itu berlaku, maka ianya boleh dipertimbangkan oleh Sultan untuk diambilkira melantik Menteri Besar yang baru. Keadaan demikian pernah berlaku di Perak pada Tahun 2009 and Selangor Tahun 2014.
Semasa Dewan Undangan Negeri bersidang, undi tidak percaya boleh dilakukan, and keputusan undi tidak percaya itu, akan dipersembahkan oleh Speaker kepada Sultan, jika memang MB tidak mempunyai sokongan majority mudah. Bagi Dun Kedah, majority mudah adalah 19 ADUN daripada 36. Namun jika DUN dalam keadaan berihat, maka ADUN-ADUN yang menolak MB perlu membuat surat akaun, and surat akuan itu perlu dipersembahkan kepada Sultan, jika jumlahnya mencapai sekurang-kurangnya 19 ADUN.
Melihat krisis kepimpinan di Kedah yang digerakan oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Dato Ahmad Bashah Md Hanipah akan memakan masa yang panjang, sepertimana berlaku di Selangor.
Perdana Menteri- Dato Seri Najib Razak yang juga Presiden Umno, kena berhati-hati membuat keputusan, kerana jika keputusan bercanggah dengan keinginan rakyat Kedah, padah menunggu kepada Bn.
Pada PRU-13 lalu, menjelang pembuangan undi, Perdana Menteri yang juga Pengerusi Bn telah mengumumkan, jika Kedah berjaya dirampas daripada Parti Pas, maka Mukhriz akan dilantik Menteri Besar. Benar juga, rakyat Kedah menyahut pengumuman itu and mengundi Bn. Sebagai perbandingan, di Selangor tidak diumumkan siapa bakal Menteri Besar jika Bn menang, demikian juga di Kelantan. Sama-sama kita tahu, Bn kalah teruk di dua buah negeri itu.
Dalam politik yang berbicara adalah suara majority, bukannya pemimpin atasan. Meskipun para Ketua Bahagian Umno and kebetulan ada yang menjawat menteri, timbalan menteri serta ahli parlimen, tidak semestinya mendapat sokongan majority. Keadaan ini pernah berlaku di Sabah pada Tahun 1985, di mana sebelum pilihanraya negeri, boleh dikatakan semua para pemimpin yang mempunyai kedudukan menyokong Parti Berjaya pimpinan Datuk Harris Salleh (kini Tan Sri), namun keputusan pilihanraya, Parti Berjaya hanya menang 6 kerusi daripada 48 yang dipertandingkan.
DS Najib kena mengambil kira semua sudut politik, sebelum membuat sebarang keputusan berkaitan dengan kedudukan Mukhriz.