Perdana Menteri tiada pilihan, melainkan menggantikan Pengerusi Perhubungan Umno dan Menteri Besar Kedah dalam waktu segera. Sebabnya, 14 Ketua Bahagian Umno negeri itu telah hilang kepercayaan kepada Dato Mukhriz Mahathir sebagai Pengerusi Perhubungan Umno dan Menteri Besar.
Mukhriz dilantik ke jawatan Menteri Besar selepas PRU-13 lalu, dan kemudiannya dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan Umno negeri.
Kehilangan kercayaan para pemimpin Umno negeri terhadap Mukhirz, ekoran pergolakan politik yang dikemudikan oleh bapanya, yang secara bertali arus mengecam kepimpinan Perdana Menteri dan Presiden Umno.
Selain itu tindakan Muhkriz yang nampak sealiran dengan bapanya, walaupun tidak langsung, namun ditunjukkan melalui perbuatan.
Tindakan Mukhriz yang amat ketara melawan arus kepimpinan, apabila beliau melawat Tan Sri Muhiyiddin Yassin sebaik sahaja dipecat daripada jawatan, dan kedua beliau semasa PAU Umno pada Disember lalu apabila menghoskan makan malam untuk Muhyiddin dan Dato Shafie Apdal.
Dalam mesyuarat Umno Kedah pada Rabu seperti yang dilaporkan Berita Harian- Pemimpin UMNO Kedah hilang kepercayaan terhadap Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah dan Pengerusi UMNO negeri. Perkara itu diumumkan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah selepas perjumpaan tertutup pemimpin UMNO negeri di Grand Alora Hotel, Alor Setar, sebentar tadi.
Sehubungan itu, katanya, seluruh kepimpinan UMNO Kedah merayu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat perubahan segera terhadap kepimpinan tertinggi parti negeri dan jawatan Menteri Besar Kedah. Seramai 14 ketua bahagian hadir kecuali Jerlun, Padang Terap dan Kulim Bandar Baharu yang diwakili timbalan ketua bahagian masing-masing. Yang hadir sama ketua semua sayap parti dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional.
Mengulas lanjut, Ahmad Bashah berkata, kata sepakat itu dicapai berikutan kelemahan serta ketidakupayaan Mukhriz yang dilihat gagal menyatupadukan kepimpinan dan jentera parti di semua peringkat. Alasan lain diberikan, katanya termasuk tiada sebarang perancangan strategik parti dilakukan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), serta kegagalan Mukhriz dalam mengetuai dan menggerakkan jentera parti selepas mengambil alih kepimpinan negeri. "Sebagai Menteri Besar, beliau gagal mengurus tadbir kerajaan negeri secara berkesan. "Dengan ini kami merayu keprihatinan Perdana Menteri untuk membuat perubahan segera ke atas kepimpinan tertinggi parti negeri serta jawatan Menteri Besar Kedah," katanya.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/116315