Apabila Sarawak Reports mendedahkan wang USD681 milion masuk ke akaun peribadi Perdana Menteri, ramai yang mengatakan, bahawa pendedahan itu hanya fitnah. Akan tetapi, apabila The Wall Street Journal membuat laporan yang sama, maka akhirnya diakui bahawa memang wujud sejumlah wang demikian dimasukan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri di AmBank, Kuala Lumpur. Oleh kerana laporan WSJ itu mendakwa wang itu adalah wang 1MDB, maka ianya dinafikan oleh Perdana Menteri sendiri, bahawa wang itu bukan daripada 1MDB, akan tetapi sumbangan daripada Timur Tengah.
Selepas berlarutan dengan berbagai dakwaan dan penjelasan seterusnya terpaksa mengorbankan dua pemimpin Umno dalam kabinet, peguam negara dan beberapa pegawai daripada SPRM dan PDRM, maka akhirnya “telah diterima” bahawa wang USD681milion aka RM2.6bilion merupakan “donataion” atau derma.
Kini timbul pula USD170milion-pendedahnya, masih Sarawak Reports, dan wang itu kononnya daripada sebuah syarikat yang bernama Blackstone Asia Real Estate Partners Limited yang didaftarkan di British Virgin Island dan syarikat itu dikatakan dikuasai Jho Low. Syarikat yang sama juga dilaporkan telah menyalurkan USD472.25 milion ke akaun bekas pengerusi Abu Dhabi’s Aabar Investment Khadem Al-Qubaisi. Al-Qubaisi pernah terlibat dalam urusniaga dengan 1MDB sebelum dipecat daripada syarikat Timur Tengah itu.
Selain pendedahan terbaru Sarawak reports berkaitan dengan wang USD170milion itu, portal yang sama juga mendedahkan kononnya DS Najib Razak telah menggunakan kredit kad koprat milik SRC International berjumlah RM3.3milion. SRC International merupakan syarikat milik penuh Kementerian Kewangan yang diambilalih daripada 1MDB, selepas syarikat itu mendapat pinjaman RM4bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan .
Apa yang menjadi kekeliruan bagi rakyat Malaysia, apa kah memang betul, bahawa Sarawak reports sebagai pemitnah? dan semua laporannya auta? kerana semua pihak yang menyokong DS Najib, mengatakan bahawa portal itu hanya berbohong!!! Jika portal itu berbohong, mengapa laporan berkenaan USD681milion diakui betul??? Oleh kerana diakui bahawa laporan portal itu berkaitan USD681 betul, maka Tony Pua terus mempergunakan, apa sahaja laporan portal itu sebagai betul.
Portal online seperti Sarawak Reports, dengan keterhadan sumber dana dan jalinan, tidak mungkin boleh mendapatkan maklumat seperti yang dilaporkan, jika tiada seseorang yang berpengaruh dengan kekuatan kewangan terlibat sama bagi melaksanakan misi menjatuhkan DS Najib sebagai Perdana Menteri. Kekuatan kewangan yang ada pada seseorang itu, dapat membeli maklumat daripada pihak-pihak tertentu yang menyimpan maklumat yang ada kaitan dengan DS Najib.
Nampaknya, ekoran pendedahan terbaru Sarawak Reports, kemelut yang menyelubungi Perdana Menteri yang dihubungkaitkan dengan sejumlah wang, tidak akan berpengakhir, sebaliknya akan berterusan, selagi beliau tidak meletak jawatan. Atas sebab itu, Perdana Menteri akan terus berdepan dengan krisis kepercayaan rakyat!!!! Rakyat berdepan dengan persimpangan- apa kah mempercayai DS Najib atau laporan-laporan yang dibuat berkaitan beliau???