Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

Faktor Apa Yang Menyebabkan Umno Lemah?

$
0
0
1. Faktor utama yang menyebabkan Umno lemah, kerana para pemimpin yang dahulunya mendapat kuasa dan nikmat kerana parti, kini menyerang parti dengan berbagai dakwaan yang boleh menggamit imej atau persepsi buruk terhadap parti.

2. Serangan terhadap Presiden Parti yang dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir serta beberapa pemimpin veteran lain, sambil menuduh bahawa Umno kini bukan lagi Umno dahulu, akan tetapi Umno kini kepunyaan DS Najib Razak dan para pemimpin yang menyokong Perdana Menteri itu, merupakan satu dakwaan yang boleh membawa impak kepada perasaan sebahagian besar ahli Umno. Sebabnya, para ahli yang meliputi lebih tiga juta itu akan berperasaan, bahawa perjuangan/komitmen mereka tidak dihargai, kerana parti hanya dikuasai oleh para pemimpin kelas atas dan pada masa yang sama mempergunakan parti bagi memelihara kedudukan dan kepentingan diri sendiri.

3. Dakwaan Tun Dr Mahathir, bahawa sebab utama para Ketua bahagian atau para AMT menyokong DS Najib kerana atas sebab kewangan. Para Ketua Bahagian dan AMT diberikan bantuan kewangan oleh DS Najib agar supaya mereka terus menyokong beliau. Tidak dapat dinafikan, bahawa memang ada Ketua Bahagian atau AMT yang diberikan bantuan kewangan oleh DS Najib, sehingga jumlah mencecah RM2juta. Pendedahan seumpama ini, bukan sahaja membawa kecemburuan akan tetapi persepsi negatif kepada parti Umno.

4. Tindakan petualang yang mengelilingi DS Najib, sehingga terdedahnya dana politik yang disumbangkan untuk jentera parti menjelang PRU-13, selain membawa inej negatif kepada DS Najib dan Umno juga pendedahan itu digunakan pembangkang memalitkan imej buruk kepada Perdana Menteri.

5. Apa yang malang, apabila pendedahan dana politik sebesar RM2.6bilion terdedah, ada pemimpin kanan parti mempergunakan faktor itu sebagai modal untuk menjatuhkan Presiden dan Perdana Menteri.

6. Menjatuhkan Presiden dan Perdana Menteri melalui berbagai dakwaan negatif bertujuan menjatuhkan sesebuah pemerintahan dan parti, atas sebab, ikan bermula busuk daripada kepala. Atas sebab itu, sejak awal tahun ini, kita nampak, tindakan mereka yang mahu menjatuhkan DS Najib, telah membuat berbagai dakwaan, khususnya menggunakan isu 1MDB dan wang RM2.6bilion secara maksima.

7. Dakwaan yang bertali arus daripada pemimpin Umno sendiri, merupakan faktor utama yang menyumbang kepada melemahnya Umno, bak kata orang, mereka ini lah yang menebuk kapal atau membocorkan kapal agar tenggelam. Apa yang peliknya, apabila mereka-mereka yang menebuk atau membocorkan kapal ini, datang pula dengan satu penyelesaian, kononnya, kalau kapten kapal diganti, maka kapal tidak akan tenggalam. 

8. Sebuah kapal yang ditebuk atau dibocorkan, perlu ditampal, dan persoalannya sekarang, siapa-siapa yang sanggup menjadi penampal?, sehingga kapal selamat belayar dan sampai ke pelabuhan dengan selamat. AYT melihat, sudah tiba masanya, setiap ahli Umno di semua peringkat, sanggup menjadi penampal kepada kebocoran itu, berbanding sibuk menggantikan kapten, kerana kapal hanya memerlukan seorang kapten, manakala lubung yang bocor memerlukan seberkas untuk menutup lubang.

9. Jika berlakulah bahawa Umno akan kalah dalam PRU-14, ertinya tidak terdapatnya mereka yang sanggup menjadi penampal kepada kebocoran, sebaliknya, hanya berpuas hati dengan kedudukan yang ada, dan membiarkan kapal tenggalam. Bagi mereka yang mahu Umno karam, sebenarnya, tiada lagi perlu disangksikan atau perlu dikesali, kerana mereka sudah mendapat nikmat luarbiasa sumbangan parti sejak berdekad lamanya. Apa yang malang, adalah para ahli dan penyokong parti yang mengharapkan pembelaan sehingga ke hujung nyawa.

10. Para ahli Umno atau penyokong di luar sana, perlu menggunakan pertimbangan yang waras dan bernas, agar supaya tidak terkesan atau terikut-ikut desakan daripada para mantan pemimpin parti yang sudah menikmati semua kemewahan berdekad lamanya, lagipun kemewahan yang ada pada mereka itu, tidak akan pupus untuk tujuh generasi.

11. Para ahli Umno dan penyokong Umno perlu melihat, sumbangan kerajaan sekarang di bawah teraju DS Najib, kerana walaupun setahun jagung, akan tetapi telah berusaha membela mereka yang terabaikan setidak-tidaknya untuk 30 tahun lampau. Kerajaan DS Najib tidak disukai, hanya kerana membela golongan sasar yang termasuk dalam kumpulan 40, berbanding polisi sebelum ini yang tertumpu kepada golongan kaya dan teknorat.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808