Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

PAU 2015- Satu Sejarah?

$
0
0
1. JIKA menjadi kenyataan, bahawa Timbalan Presiden dihalang berucap semasa penggulungan ucapan dasar Presiden dan perasmian tiga sayap dirasmikan oleh ketua masing-masing, maka PAU kali ini mencatat sejarah parti yang ditubuhkan Tahun 1946 ataupun didaftar semula Tahun 1988.

2. Dalam sejarah PAU parti itu, belum pernah berlaku, bahawa Timbalan Presiden dihalang berucap dan juga dihalang merasmikan sayap-sayap parti.

3. Dalam sesebuah parti demokrasi, salah satu kemeriahannya adalah perbezaan pendapat, namun perbezaan itu dijadikan kekuatan. Keadaan itulah yang berlaku dalam Umno sejak ditubuhkan. Dalam sebuah parti demokrasi, tidak mengamalkan pendekatan ala tentera, akan tetapi bersandarkan kepada percambahan pendapat, kemudian pendapat itu disatukan untuk menjadi satu kekuatan.

4. Pada PAU kali ini, pemimpin yang dianggap akan menjadikan isu 1MDB, wang derma RM2.6bilion, akan dihalang untuk berucap. Pengertian disebaliknya tindakan itu, bahawa perdebatan/perbahasan mengenai dua isu itu "taboo" untuk dibicarakan. 

5. Sebenarnya, sebelumpun PAU berjalan, AYT yakin kalaupun tidak 100 peratus perwakilan atau pemimpin atau pemerhati mengetahui berkaitan 1MDB dan derma RM2.6bilion, akan tetapi peratusan yang mengetahui mendekatinya.

6. Isu 1MDB dan wang derma RM2.6bilion, bukan sahaja bualan para ahli Umno, akan tetapi telah menjadi bualan sebahagian besar rakyat, malah masyarkat antarabangsa. Memang, sesuatu yang jelek itu, akan menjadi perhatian, kerana itulah lumrah keadaan. Malaysia menjadi tranding di media antarabangsa, bukan kerana bajet negara yang menumpuhkan kepada golongan sasar, akan tetapi berkaitan dengan 1MDB dan derma RM2.6bilion.

7. AYT melihat, mengapa pemimpin yang dicurigai akan membangkitkan 1MDB dan wang derma RM2.6bilion dilarang berucap, kerana dua faktor- pembangkit akan mendapat tepukan gemuruh atau di booo, demikian juga pemimpin yang dipalitkan dengan isu itu, akan mendapat reaksi yang sama. Mungkin, keadaan inilah yang dielak oleh AMT, agar keadaan PAU tidak bertukar bercelaru, maka lebih baik menghindar, kerana mencegah lebih baik daripada mengubati.

8. Di luar sana, khususnya para pengeritik DS Najib Razak, ada yang mengatakan melarang dua pemimpin kanan parti termasuk Timbalan Presiden, atas sebab timbulnya rasa ketakutan, bahawa dua pemimpin itu akan membangkit/mendedahkan sesuatu yang tersembunyi bagi menggamit sokongan perwakilan, sehingga timbul penolakan kepada Presiden parti. Namun, apa yang dilihat, sejak dua pemimpin kanan parti itu dipecat daripada kabinet pada 28 Julai lalu, isu yang mereka bawa, hanya berkisar pada isu-isu sama, dengan diselitkan berbagai rempah ratus, sedangkan isu yang mereka bawa itu, sebenarnya telah dijawab 100 peratus.

9. AYT melihat, semua perwakilan yang bakal hadir pada PAU kali ini, telahpun maklum berkaitan dengan jawapan-jawapan yang diberikan, malah semalam TPM telah menjawab berkaitan dengan wang derma RM2.6bilion di Dewan Rakyat.

10. Larangan terhadap Timbalan Presiden dan Naib Presiden (Datuk Shafie Apdal) berucap dalam PAU, AYT yakin bukan kerana isu yang mereka bawa, melainkan, parti memperlihatkan kepada perwakilan dan ahli Umno, bahawa para pemimpin perlulah berkerja secara berpasukan, saling bantu membantu, bukannya saling sengol menyingol atau saling menjatuhkan. Apa yang ditunjukkan oleh Tan Sri Muhiyiddin Yassin dan Datuk Shafie Apdal, adalah kepimpinan yang saling menjatuhkan. Cara ini, bukanlah tindakan yang perlu diwariskan. Cara yang betul, adalah, jika seseorang atau kumpulan itu, tidak lagi dapat menerima atau tidak mampu lagi berkerja seiring dengan majoriti kepimpinan, maka tindakan mulia adalah mengundurkan diri atau meletakkan jawatan, bukannya, memaksa pendirian mereka untuk diterima.

11. PAU kali ini, akan menjadi sejarah parti itu, apabila kumpulan minoriti diketepikan, kerana atas tindakan mereka, memaksa majoriti menerima tindakan mereka.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808