Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

Hadir PAU- Saya Hanya Tunggul- Muhiyiddin

$
0
0
1. Tan Sri Muhiyiddin Yassin, sudah dapat menghidu, bahawa beliau tidak akan berucap sepanjang PAU tahun 2015. Petang tadi semasa hadir di PWTC bagi memberi sokongan kepada 9 Ketua Cawangan daripada Telok Kemang, Negeri Sembilan yang dipanggil Lembaga Disiplin, Timbalan Presiden parti itu telah membayangkan, bahawa beliau hanya akan menjadi tunggul sepanjang PAU tersebut.

2. AMT telah memutuskan pada satu mesyuarat pada 24 November lalu, bahawa tradisi perasmian persidangan tiga sayap parti yang dilakukan oleh Timbalan Presiden ditiadakan pada PAU kali ini, sebaliknya perasmi setiap sayap parti dilakukan sendiri oleh ketua masing-masing.

3. Walaupun AMT atau jawatan kuasa PAU belum memutuskan, apa kah Timbalan Presiden diperlukan berucap atau tidak semasa pengulungan ucapan dasar Presiden, setakat ini belum diputuskan. Namun, jikapun AMT memutuskan, bahawa Timbalan Presiden tidak perlu mengambil bahagian dalam penggulungan, ertinya ianya tidak melanggar perlembagaan parti, hanya keluar daripada kebiasaan. Kalaupun ada permintaan atau desakan bahawa Timbalan Presiden perlu berucap, namun sebaliknya AMT berfikiran/berpendapat sebaliknya, maka hukum majoriti perlu diambilkira.

4.Ada yang beranggapan, bahawa PAU pada kali ini, tidak seseronok seperti mana tahun-tahun sebelumnya, kerana berlakunya perubahan tradisi, di mana para perwakilan atau pemerhati, tidak mendengar ucapan/amanat seseorang Timbalan Presiden, namun, demi keutuhan parti dan untuk mengurangkan pergeseran, adalah lebih molek, tidak membenarkan Timbalan Presiden dan atau Naib Presiden berucap, kerana sudah dapat diramalkan, ucapan mereka itu, boleh mencetuskan pola berfikir yang mengarah kepada perpecahan. Isi ucapan mereka, sudah dapat diramal, bukan bertujuan memperkuat pasukan kepimpinan, akan tetapi sebaliknya.

5. Umum mengetahui, bahawa dua pemimpin kanan Umno mempergunakan isu 1MDB dan wang derma RM2.6bilion bagi mengecam Presiden, kerana kedua-dua mereka tidak mahu mengetahui/menerima perkara sebenar, sepertimana yang diterima oleh majoriti AMT parti. Mereka bedua telah membuat pendirian menyongsang arus dan berdepan langsung dengan Presiden dengan menafikan sebarang penyelesaian/penjelasan berkaitan 1MDB dan wang RM2.6bilion.

6. Esok, Presiden akan menjawab berkaitan wang RM2.6bilion di Dewan Rakyat, manakala isu 1MDB semakin selesai, kerana perbalahan yang berbangkit berkaitan dengan syarikat milik Kementerian Kewangan tersebut adalah berkaitan dengan wang pinjaman. Kini syarikat itu, semakin menghampiri menyelesaikan semua hutang piutang.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808