Negara kita tidak ketandusan pemimpin. Masih ramai yang boleh mengurus negara dengan penuh amanah dan bertanggungjawab.
Jika rakyat masih sayangkan pemimpin tertentu yang mewakili parti yang dipimpin pemimpin bermasalah, maka rakyat perlu selektif, hanya memenangkan mereka yang bersih dan kelihatan bersih.
Rakyat tidak akan selamat, jika negara ini dipimpin mereka yang terpalit isu-isu jenayah seperti rasuah, kerana jelas mereka itu tidak akan dapat menunjukkan kepimpinan yang baik, melainkan akan menejurumuskan rakyat ke lembah kesengsaraan.
Sempena PRU-15 di Sabah yang hanya membabitkan parlimen, rakyat Sabah perlu memberi undi dan mandat pada parti yang dipimpin oleh pemimpin berintegriti, dan parti itu adalah Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Kepemimpinan Datuk Seri Hajiji Haji Noor, walaupun hanya 2 tahun sebagai Ketua Menteri akan tetapi telah menunjukkan kepemimpinan yang mengutamakan rakyat dan negeri, seperti mana bukti-bukti pencapaian dalam tempoh tersebut.
Kepimpinan Hajiji, telah mencipta berbagai rekod, seperti kutipan hasil negeri tertinggi yang tidak pernah dicapai sebelum ini, keuntungan Kumpulan Yayasan Sabah lebih setengah bilion ringgit untuk tempoh 13 tahun, pelaburan masuk ke Sabah untuk tempoh 6 bulan pertama tahun 2022 hampir RM10bilion ringgit, pencapaian 45.67 peratus daripada RM5.23 bilion setakat 4 September di bawah Rolling Plan Kedua (RP2), Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) untuk 1,118 projek pembangunan yang diluluskan, dan kerajaan negeri berharap menjelang akhir tahun, pencapaian mengatasi prestasi nasional 55.44%.
Rakyat perlu memberi mandat pada para pemimpin yang mementingkan kerja membela rakyat berbanding pemimpin yang menggunakan kedudukan mengabui mata rakyat dengan berbagai bantuan menerusi cash is king, namun pada masa sama sakau dana awam bukan sedikit jumlahnya akan melibatan ratusan juta ringgit, malah ada yang berbilion ringgit.
Rakyat perlu mengambil iktibar pada dana awam yang membabitkan KKLW yang diurus semasa Datuk Shafie Apdal menerajui kementerian tersebut, peruntukan telah habis digunakan akan tetapi tidak terdapat bukti di lapangan.