MEMETIK Datuk Seri Hajiji Haji Noor – Pengerusi GRS sebagai berkata, berhadapan PRU-15, pada prinsipnya, GRS-BN Sabah akan bekerjasama mengelak pertembungan. Tetapi pada masa sama, Timbalan Ketua Umno Sabah- Datuk Yakub Khan membayangkan, jika agihan kerusi tidak memenuhi kehendak Umno, Umno-BN memilih bergerak solo, iaitu free contest.
Penulis melihat, mungkin berlaku kerjasama, tetapi kerjasama sebahagian, tidak menyeluruh, ertinya, ada kawasan tiada free contest, ada kawasan mahu melihat mana yang lebih kuat.
Kerjasama GRS-BN, bukan sahaja isu antara Umno-Bersatu akan tetapi parti KDM dalam GRS dan (BN).
Isu utama antara Umno-Bersatu, adalah 5 kawasan yang dimenangi pada PRU-14. Bagi Bersatu, wakil rakyat sedang menjadi ahli parlimen adalah penyandang, bagi Umno bukan.
Pada PRN-16 Sabah, beberapa penyandang yang bersama Bersatu tidak dapat mempertahankan DUN yang dimenangi, kerana Umno meletak calon. Apa kah juga berulang pada PRN-15?
Siapa kah antara 5 yang tidak menjadi calon lagi? Kudat- kebarangkalian tinggi penyandang tidak bertanding lagi (mudah dalam proses rundingan), Libaran juga penyadang memberi laluan (juga mudah dalam rundingan), akan tetapi Beluran, Sipitang dan Beaufort, penyandang bertanding semula, jika tidak pun, calon daripada Bersatu akan menjadi calon.
Di lain keadaan pula, kedudukan kawasan yang diwakili pembangkang, seperti Kota Belud, Sepanggar, Papar, Tenom, Lahad Datu (Silam), Semporna dan Kalabakan.
Penulis pasti, Semporna bukan lah rebutan, manakala 6 yang lain sebaliknya.
Di 6 kawasan itu tidak mudah mengenepikan kekuatan GRS, terutama Papar, Tenom dan Lahad Datu, malah termasuk juga Kimanis dan Kinabatangan.
Fakta kekuatan samada bersandarkan pada PRN-16 Sabah atau yang terkini, merupakan isu-isu yang menyelebungi rundingan antara GRS-BN untuk bekerjasama.
Asasnya kerjasama menang-menang, akan tetapi pelaksanaan tidak mudah secara praktikal, KECUALI semua pihak membuang ego masing-masing, dan sanggup berkorban demi Sabah. Boleh kah? kerana penulis maklum bahawa rata-rata bakal-bakal calon Umno, kerjasama ibarat langit dan bumi. Pun demikian, sangat bergantung pada aura pemimpin utama kedua pihak, untuk merealisasikan kerjasama, untuk mengelak pertembungan, kerana impaknya cukup besar, seperti maksud peribahasa, menang sorak kampung tergadai.