Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

MENGAPA BERI KUASA PADA PEMIMPIN PEROMPAK?

$
0
0
TERSANGAT tidak lojik dan tidak masuk akal, masih ada rakyat mahu mengembalikan pemimpin perompak.

Memangpun mereka yang mengundi kumpulan ini, ADALAH penyokong tegar yang buta tuli, dan walaupun jumlah mereka hanya 40% daripada jumlah pengundi, akan tetapi undi mereka menjadi kerusi, kesan pertembungan berbagai penjuru.

Cara menafikan kemenangan kumpulan ini, hanya menerusi turun beramai-ramainya pengundi pasif dan atas pagar, selain penyokong parti-parti lain, seperti mana berlaku pada PRU-14.

Jika diteliti jumlah pengundi yang memenangkan Umno-BN pada PRN Melaka dan Johor, adalah jumlah pengundi yang sama pada PRU-14, akan tetapi pada PRU itu, Umno-BN kalah di dua negeri tersebut.

Pada PRU-15, jika majoriti rakyat negara ini tidak mahu pemimpin perompak berkuasa semula, maka tiada pilihan melainkan perlu keluar mengundi, dan memberikan undi pada parti yang dipimpin mereka yang tiada isu moral termasuk jenayah rasuah.

Adalah tidak masuk akal, memberi kuasa pada pemimpin yang “tinted”, atas sebab tiada cara mereka itu memberikan tauladan yang baik dan terpuji? Sedangkan mereka itu seperti ibu ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Memberi kuasa pada golongan ini semula, maka imej negara akan semakin teruk, kerana berterusannya perbuatan-perbuatan tidak bertanggungjawab, kesan golongan pemimpin yang berkelakuan buruk, yang boleh berakibat merebaknya pada rakyat kerana ikut pengertian peribahasa, bapa kencing berdiri, anak kencing berlari, bapa borek anak rintik.

Rakyat negara ini sudah memulakan langkah pertama, apabila menumbangkan Umno-BN pada PRU-14, dan langkah kedua adalah menoktahkan golongan ini pada PRU-15.

Jadikan PRU-15 sebagai game changer politik tanah air, sebagai titik permulaan pemerintahan BERSIH, CEKAP DAN AMANAH, iaitu mengembalikan semula slogan pemerintahan yang dilancarkan pada tahun 1982, untuk MALAYSIA YANG SEJAHTERA.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808