Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

PRU-15: BN BLOK PARTI DOMINAN?

$
0
0
PEMIMPIN Umno yakin betul BN bakal muncul blok parti dominan hasil keputusan PRU-15, sedangkan 
berbeza dengan berbagai dapatan pra PRU-15, bahawa di Semenanjung, tiada blok parti dominan, melainkan seimbang antara 3 blok parti utama, iaitu BN, PH dan PN, malah, dikatakan PH dihadapan dengan 55 kerusi, sementara BN dan PN sama kuat dengan jumlah 40 kerusi, manakala 30 lagi kerusi tidak bertuan.

Dalam suasana pilihan raya yang amat berbeza berbanding sebelum-sebelumnya, tiada mana-mana blok parti menghitung anak ayam sebelum telur menetas.

Memang betul, politik itu penuh dengan kemungkinan, akan tetapi, berbagai isu yang melanda BN terutama Umno yang membabitkan beberapa pemimpin terlibat isu rasuah dan salahguna kuasa, malah ada yang disabitkan oleh mahkamah, selain beberapa lagi sedang dibicarakan di mahkamah termasuklah Presiden parti itu.

Mungkin pemimpin Umno pura-pura tidak sedar atau tidak mengambil pedoman pada PRU-14, hanya kerana khabar-khabar angin berkaitan 1MDB, SRC International, pun demikian,menyebabkan rakyat menolak, apatah lagi, dengan jelas, dana syarikat gigantik tersebut terbukti diselewengkan oleh pemimpin parti itu, malah telahpun disabitkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210juta.

Pemimpin Umno terutama mereka yang ditolak rakyat pada PRU-14, antara lain Datuk Rahman Dahalan yang juga Pengarah Strategik Umno-BN pada PRU-14, masih yakin bahawa Umno-BN tiba-tiba menjadi kuat, hanya kerana bersandarkan pada kemenangan pada PRN Melaka dan Johor, sedangkan senario PRU-15 amat berbeza sekali.

Berdasarkan rekod, mana-mana keputusan PRK atau mungkin PRN, tidak berulang pada PRU sebenar, seperti mana berlaku di DUN Ijok, Parlimen Teluk Intan. Ambil pengajaran pada PRN Sarawak sebelum PRU-14, BN menang besar, akan tetapi pada PRU-14, hampir separuh kerusi BN dirampas parti lawan.

Penulis masih percaya, bahawa PRU-15 akan memberi keputusan parlimen tergantung, tiada mana-mana blok parti termasuk sokongan Sabah dan Sarawak boleh membentuk kerajaan, kecuali adanya kerjasama dua blok parti, kemudian untuk tujuan kuasa 2/3 maka perlu disokong Sarawak (GPS) dan Sabah (GRS).

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808