Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

GRS SANDARAN RAKYAT SABAH

$
0
0
KATA peribahasa sekali air bah sekali pantai berubah.

Rakyat Sabah telah memberi mandat pada Barisan Nasional (BN) sejak tahun 1994 dan berakhir pada tahun 2018.

Seperti juga PBS selepas kehilangan kuasa pada tahun yang sama, terpaksa menukar haluan, untuk menjadi sebahagian daripada kerajaan.

BN juga bertindak sama, apabila pada PRN-16 Sabah bersama-sama dengan parti-parti lain untuk menjadi sebahagian daripada kerajaan.

Tindakan untuk menjadi kerajaan secara solo, tidak mudah berlaku, jika melihat latar belakang politik Sabah sebelum ini.

Sebahagian pemimpin Sabah yang berpandukan pada erti peribahasa yang disebutkan pada awal tulisan ini, dan berpandukan pada latar belakang politik Sabah, berjuang melalui paltform baharu, sebagai sandaran untuk mendapatkan sokongan rakyat, dan platform tersebut adalah Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

GRS berbeza dengan parti-parti lain yang bersandarkan pada gabungan parti-parti, GRS adalah gabungan rakyat, yang diurus oleh parti-parti.

Apabila rakyat bergabung, tiada pihak yang boleh mengoyahkan.

Para pemimpin GRS tersangat sedar, kekuatan mereka kerana rakyat. Atas sebab itu, sebarang tindakan, adalah mengarah kepada pembelaan rakyat.

Rakyat Sabah perlu dibela, memandangkan sebahagian besar masih ketinggalan, malah jika dilihat daripada KDNK perkaita, hanya separuh daripada KDNK Nasional.

GRS adalah pilihan rakyat, untuk mengasingkan diri daripada para pemimpin yang pernah disokong, akan tetapi tidak menunaikan tanggungjawab dan amanah, melainkan menggunakan kedudukan masing-masing untuk memperkaya diri sendiri dan kroni.

Rakyat masih dihantui dengan perbuatan salah laku sesetengah pemimpin, terutama yang melibatkan dana awam, bukan sedikit ketirisan, akan tetapi melibatkan jumlah yang cukup besar, ratusan juta ringgit.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808