Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

PRU-15: KERJASAMA DENGAN GRS- UMNO MASIH BERTEKA TEKI

$
0
0
TIDAK ramai pemimpin Umno berminat bekerjasama dengan GRS, kerana itu, pemimpin parti itu masih memilih berteka teki.

Semalam semasa melancarkan jentera Gelombang Biru bagi Parlimen Kota Belud dan Tuaran, Ketua Perhubungan Umno Sabah- Datuk Bung Moktar Radin, masih berlapik apabila ditanya berkaitan kerjasama dengan GRS pada PRU-15. Sebelum ini, Datuk Yakub Khan (Timbalan) membayangkan Umno-BN akan bergerak solo, jika rundingan agihan kerusi, tidak dapat memenuhi kehendak parti itu.

Walaupun tidak dizahirkan, agihan kerusi yang bagai mana, akan tetapi sangat jelas, minat parti itu bertanding 14 kawasan parlimen termasuk 5 kawasan yang kini disandang wakil rakyat Bersatu.

Di kotak minda sebahagian pemimpin parti itu, bahawa parti mereka akan mendapat sokongan majoriti rakyat, dan mahukan Umno-BN mentadbir sepenuhnya. Ironinya, pandangan tersebut datangnya daripada mereka yang ditolak rakyat pada PRU-14 sebagai calon.

Sebahagian besar pemimpin parti itu masih tidak mahu berpijak pada bumi nyata, bahawa sokongan rakyat, sejak tumbang pada PRU-14, tidakpun bertambah malah mengecut, walaupun menang beberapa PRK pasca PRU-14 dan dua PRN Melaka dan Johor. Kemenangan parti itu, kerana bergantung pada penyokong tegar yang full force turun mengundi, berbanding pengundi majoriti, maka menerusinya parti itu menang kerana mendapat kelebihan sistem First Past The Post, sumbangan perpecahan undi. Jika diteliti, undi popular parti itu hanya 40%, sebab itu dikatakan kerajaan yang ditubuhkan adalah kerajaan minoriti.

Tiada jaminan bagi parti itu menang, jika sekurang-kurangnya 80% daripada 23juta keluar mengundi pada PRU-14. Pada peratusan sedemikian, ramai yang mengatakan, di Semenanjung, tiada mana-mana blok politik boleh mencapai majoriti mudah walaupun dicampur dengan parti-parti daripada Sarawak dan Sabah.

Dapatan masing-masing parti yang tidak didedahkan, di Semenanjung, kerusi pasti bagi PH adalah 55 majoriti kawasan cina, BN-40, PN-40, manakala 30 kawasan marjinal masih tidak bertuan.

Untuk tujuan majoriti mudah, maka 112 kerusi diperlukan daripada 222 keseluruhan kawasan parlimen.

Di Sabah misalnya, jika berpandukan pada PRN-16 Sabah, jika berlaku free contest, nampak gayanya, GRS boleh menang sekurang-kurangnya 14 kerusi, manakala PH 3, Warisan 3, mankala 5 lagi masih tidak bertuan.

Terpulang pada Umno Sabah, apa kah pilihan mereka, apa kah kekal dengan syiok sendiri, atau mahu berpijak di bumi nyata.

Penulis telah menjadi permerhati politik Sabah sejak tahun 80-an lagi, pelancaran Gelombang Biru pada Sabtu di Kota Belud, hanya 1/3 sambutannya berbanding majlis yang sama pada tahun 2018, pun demikian, parlimen kawasan tersebut terlepas pada Parti Warisan pada PRU-14.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808