JIKA lah rakyat negara ini berpandukan pada pegangan bahawa setiap calon yang diberi mandat menjadi wakil rakyat, perlu memenuhi kretiria Bersih dan Amanah, maka dunia politik negara terbebas daripada mereka yang mempunyai tabiat buruk, pada giliriannya membersihkan negara daripada wakil rakyat atau pemimpin sedemikian.
Adalah malang bagi negara dan rakyat, pemimpin yang sudah jelas tidak bersih, tidak amanah, masih menganggap diri mereka bagaikan kain putih tidak bernoda, kononnya kerana berpengalaman dan berkedudukan, maka boleh membersihkan diri mereka sebersih-bersihnya.
Datuk Seri Najib Razak turun naik mahkamah hampir 4 tahun, kerana mahu membersihkan diri. Apabila tidak juga bersih, malah disabitkan, maka dituduh pula 9 hakim tidak adil.
Mensabitkan mantan Perdana Menteri ke-6 negara itu, tidak akan berlaku, jika bukan kerana keputusan berani rakyat. Maknanya, ditangan rakyat lah, terletaknya masa depan negara.
Apa pelajaran yang didapat pada kes Najib? Bahawa Bersih dan Amanah itu tidak boleh dianggap enteng, ertinya kalau mahu termasuk dalam kumpulan bersih dan amanah, bukan sahaja memang bersih dan amanah, akan tetapi perlu kelihatan sedemikian.
Apa pilihan rakyat? Rakyat tiada pilihan melainkan menolak pemimpin yang tidak bersih dan tidak amanah, jika kekal menggunakan rakyat mendapat kuasa menerusi pilihan raya, termasuklah parti yang mereka pimpin.
Mudarat gigantik akan menimpa rakyat jika masih mengekalkan pemimpin bertabiat buruk, kerana akan mengulangi perbuatan sama, seperti mana anjing tidak dapat dihalang mencium tahi.