Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

UMNO KOTA BELUD KETANDUSAN CALON?

$
0
0
PADA PRU tahun 2008, kononnya atas jemputan Umno Kota Belud, Rahman Dahalan (kini Datuk) bertanding kerusi Parlimen mewakili Barisan Nasional, dan seterusnya mempertahankan kerusi itu pada PRU tahun 2013.

Pada PRU tahun 2018, oleh kerana Ketua Bahagian parlimen tersebut bertanding semula, maka Rahman bertanding pula ke Parlimen Sepanggar.

Seperti mana keputusan pada PRU tahun 2018 tersebut (PRU-14), kedua-dua kawasan parlimen tersebut ditawan Parti Warisan. Penyebab kekalahan sudah menjadi catitan sejarah.

Berhadapan PRU-15, jika menurut isyarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT) tersebut yang juga Ketua Bahagian Tuaran, berhasrat sangat untuk bertanding semula di Parlimen asal.

Penulis tidak pasti, apa kah hasrat tersebut seperti mana berlaku pada tahun 2008? Jika demikian, maka jelas, selain Datuk Salleh Tun Said, maka tiada lagi calon lain daripada Umno Kota Belud layak menjadi calon bagi parlimen tersebut.

Rahman dikatakan mempunyai agenda pembangunan yang belum tertunai dalam tempoh dua penggal menyandang ahli parlimen kawasan tersebut termasuk menteri penuh selama sepenggal, dan perlu menyambung sekurang-kurangnya sepenggal lagi untuk merealisasikan yang telah dirancang atau apa yang telah diumumkan.

Bagi Rahman, hanya dapat meneruskan pembangunan yang telah dirancang, jika beliau kembali sebagai wakil rakyat kawasan tersebut, jika tidak semuanya akan terbantut atau tidak terealisasi. Benar kah demikian?

Parlimen Kota Belud tidak seselamat seperti tahun 2008 dan 2013 bagi pemimpin Umno Tuaran tersebut, jika tersalah catur, maka akan mengulangi keputusan PRU-14, walaupun pemimpin setempat dan Ketua Bahagian berusaha sedaya upaya meminta pengundi menyokong, kerana ingatan para pengundi dianaktirikan masih segar dalam ingatan.

Bagi penulis, jika benar lah Umno-BN ingin merampas semula parlimen tersebut daripada Parti Warisan, maka perlu mengetengahkan calon daripada bahagian tersebut, bukannya mengimport, kerana penulis yakin, Umno Kota Belud tidak lah ketandusan calon yang boleh diketengahkan yang memenuhi syarat WALI.

Jika menurut sikap pengundi kawasan tersebut, selain Ketua Bahagian, ADUN Usukan- Datuk Salleh Tun Said, adalah calon-calon bukan sahaja memenuhi syarat WALI, akan tetapi berpontesi besar merampas kembali kawasan parlimen tersebut, selain daripada itu, Munirah masih dihadapan. Fikir-Fikrkan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808