BANCI penduduk tahun 2020, menunjukkan Dun Karambunai, Parlimen Sepanggar adalah Dun terpadat daripada 73 Dun di Sabah, dengan jumlah penduduk 164,000 orang yang mendiami 35,463 rumah (purata setiap rumah didiami 5 orang).
Walaupun Dun tersebut terpadat, akan tetapi jumlah pengundi berdaftar pada September,2020 hanya seramai 19,560, berbanding Dun Inanam 26,035. Dun Karambunai, Darau dan Inanam adalah dalam kawasan P171 Sepanggar.
Pada PRU-14, P171 ditawan Parti Warisan daripada Umno-BN, termasuk Dun Karambunai, sebelum persempadan. Pada PRN-16, Dun tersebut ditawan semula calon GRS-Umno menerusi Datuk Yakub Khan.
Tidak pasti daripada 164,000 penduduk di Dun tersebut, berapa ramai kah warganegara? Kerana kawasan tersebut adalah tumpuan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).
Mungkin juga padatnya penduduk kerana terletaknya pengkalan TLDM, selain kehadiran pelajar-pelajar di beberapa institusi yang berlokasi di kawasan Dun tersebut. Banci menunjukkan bermastautinnya setiap penduduk semasa bancian.
Menerusi Banci Penduduk, pihak berkuasa dapat mengenalpasti kawasan-kawasan tumpuan penduduk, selain itu, status para penduduknya, sebagai panduan merancang pembangunan termasuk penyediaan kemudahan-kemudahan asas, selain sokongan pada aktiviti perekonomian.
Rupanya punca kekurangan bekalan air di kawasan Dun tersebut, bukan sahaja disebabkan kecuarian 8 juta liter sehari, akan tetapi sumbangan padatnya penduduk.
Padatnya penduduk bagi Dun tersebut, lebih mencabar bagi ADUN kawasan tersebut- Datuk Yakub Khan berbanding kawasan Dun lain yang kurang penduduk.