JIKA Suruhanjaya Pilihanraya, mahu menukar komposisi kedudukan jumlah ahli parlimen bagi Semenanjung dan Sabah Sarawak pada nisbah 65:35, maka pada persempadan baharu bagi dua Wilayah Borneo tersebut, perlu menambah 33 kawasan parlimen lagi, menjadikannya 89 dan Semenanjung kekal dengan 166.
Jika Semenanjung juga mahu menambah jumlah kerusi, maka perlu terikat dengan nisbah 65:35, sesuai dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Walaupun Sabah dan Sarawak, hanya mewakili 7 juta daripada 33juta rakyat negara ini, akan tetapi keluasan bagi dua wilayah itu meliputi 60% secara keseluruhan kawasan negara.
Amalan demokrasi berparlimen negara, setiap wakil rakyat diberikan peruntukan, ertinya, setiap peruntukan itu menggambarkan aliran dana bagi kawasan-kawasan yang diwakili.
Berasaskan komposisi ahli parlimen pada hari ini, jika setiap ahli parlimen diberikan peruntukan RM2juta, maka bagi Sabah dan Sarawak hanya mendapat RM112 juta, manakala Semenanjung RM332juta.
Memang diakui, semakin ramaiya penduduk, maka sumbangan pada perekonomian negara tinggi, terutama berkaitan cukai perorangan, produktivitas, akan tetapi, demi kesama rataan daripada segi kemajuan dan pembangunan, negeri yang kurang padat penduduk tidak sepatutnya diabaikan, seperti mana berlaku berdekad lamanya.
Ambil contoh KDNK Perkapita, Sabah hanya RM26,000, manakala Nasional RM47,000, perbezaan yang amat ketara.