Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

GABUNGAN BERBAGAI PARTI-ELAK UNDI PECAH

$
0
0
DALAM mana-mana pertandingan, kelebihan satu undi, dikira sebagai pemenang, demikian juga dalam pilihan raya, perkara sama digunapakai.

Fenomena politik tanah air yang semakin bercelaru yang ditandai dengan kehadiran berpuluh-puluh parti politik, bukan sahaja menyebabkan undi berpecah, apabila pengundi mengundi parti yang disokong, akan tetapi membolehkan parti yang disokong miniroti boleh menang, hanya kerana faktor sistem First Past The Post (FPTP).

Oleh kerana jumlah parti politik yang begitu banyak, maka untuk mengumpul kekuatan, parti-parti tersebut berpakat untuk bergabung untuk mengwujudkan satu entiti, bagi menjamin, setiap undi yang disperolehi setiap parti, tergabung dalam entiti tersebut, untuk diterjemahkan sebagai kekuatan, dan mengharapkan jumlah undi yang diperolehi lebih banyak berbanding parti-parti lawan.

Tindakan sedemikian sudah lama dipilih dalam politik negara, menerusi Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC), kemudian bertukar kepada Barisan Nasional (BN) yang pernah dianggotai 13 parti komponen sehingga PRU-14 (Tahun 2018).

Parti-parti lawan juga cuba berpakat untuk bersaing, seperti Angkatan Perpaduan Ummah (S46-PAS), Barisan Alternatif (S46-DAP-PBS). Kemudian itu Pakatan Rakyat (PKR-DAP-PAS), bertukar kemudiannya menjadi Pakatan Harapan (PKR-Bersatu-DAP-Amanah).

Selepas PRU-14, terwujud pula blok baharu- Gabungan Parti-Parti Sarawak (GPS), Perikatan Nasional (PN) dan yang terbaharu Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Tersangat sangat jelas, matlamat utama parti-parti bergabung adalah untuk mengelak setiap undi sokongan terhadap parti masing-masing tidak tercicir atau tidak sia-sia. Parti-parti ini mengambil iktibar pada rasmi seberkas lidi, jika sebatang mudah patah, jika seberkas bukan sahaja liat akan tetapi sukar untuk dipatahkan.

Di Sabah, apabila GRS yang bermula dengan 4 parti- Bersatu, PBS, STAR dan SAPP, kini menambah anggota baharu, apabila menerima Parti USNO. Lima parti yang menjadi komponen GRS tersebut, sama-sama menyertai PRN-16 pada September, 2020, sebagai parti pembangkang pada parti yang menerintah Sabah masa itu, hanya bezanya, Parti USNO bergerak solo, tanpa kerjasama dengan mana-mana parti.

Pada PRN-16 Sabah- Bersatu, PBS, STAR dan SAPP telah menang 24 kerusi, manakala parti rakan kongsi iaitu Umno-14, sehinggakan kerjasama 5 parti tersebut membolehkan menubuhkan Kerajaan GRS-BN Sabah.

Keputusan PRN-16 Sabah- GRS-BN menang 38, manakala Parti Warisan dan PH 32, 3 kerusi dimenangi calon bebas.

Keputusan PRN-16 Sabah mungkin menjadi pemangkin kepada gabungan berbagai parti, seperti mana dilakukan GRS, kerana hanya menerusi gabungan undi daripada berbagai parti, membolehkan parti-parti itu menang kerusi. Menganalisis keputusan PRN-16 Sabah, jika mana-mana parti bergerak solo, tiada satu parti pun mendapat kelebihan, melainkan akan menghasilkan semua parti kelihatan lemah yang dicerminkan oleh jumlah kerusi masing-masing.

Dalam senario politik tanah air, sebagai adaptasi pada pembahagian wilayah yang jelas, iaitu Wilayah Sarawak, Sabah dan Semenanjung, dengan mengambil kira jumlah kerusi parlimen bagi Sabah dan Sarawak yang hanya 56 daripada 222, maka parti-parti daripada dua wilayah tersebut, tidak boleh lemah, melainkan perlu kuat, melalui sebuah entiti, supaya boleh bertindak sebagai “bargaining power”

Sarawak sudah bergerak lebih awal menerusi GPS. Gabungan tersebut telah menggariskan matlamat awal, agar semua kerusi parlimen di negeri tersebut (31 kawasan) di bawah penguasaan gabungan tersebut, hanya satu visi, iaitu sebagai pemudah cara “bargaining power” bagi negeri tersebut. Penulis yakin, visi yang sama tersemat pada setiap pemimpin Sabah, khususnya para pemimpin yang sedang berkerjasama dalam Kerajaan GRS-BN Sabah.

Penulis yakin menerusi kepimpinan Kerajaan Negeri yang diterajui Datuk Seri Hajiji Haji Noor, kekuatan sebenar politik Sabah boleh diterjemahkan sebagai “bargaining power”. Tanpa elemen kekuatan ini, mungkin rakyat dan negeri akan kekal apa yang dirasakan lebih setengah abad yang lalu, yang mana berlaku, rakan-rakan lain di seberang laut, makan daging, kita di Sabah makan tulang.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808